Sunday, February 13, 2011

Ekspresi 5: Kedegilan & emosi itu langsung tak bermakna sahabat

 Semalam kita gembira bak patung di kereta yang terjoget-joget tika mendengar lagu
berjoget-joget kalau dengar Bonamana-Super Junior

 Tetapi hari ini seakan hati kita dah lari ke mana.. penuh dengan dendam, prasangka buruk. Sungguh, tak sangka begitu sekali kau menyimpan amarahmu. Apa sahaja yang kau mahu? Kita berdua selamanya berkepit ke mana-mana? Itu tak mungkin sahabat kerana dari dahulu kita tahu yang laluan kita berlainan.



Ya, aku memang berubah. Kau juga berubah. Kita tak akan dapat lari daripada perubahan itu, sayang!Apa yang kau tidak tahu mengenai diriku? Aku masih begini namun tuntutan pelajaran dan komitmen ku berlainan dari mu. Mana mungkin sama apabila destinasi kita berbeza?  Laluan ke utara dan pantai timur juga berbeza.. Sayang, bukan aku sengaja menolak pelawaanmu, tapi rancanganku berlainan. Ya, aku juga salah kerana lambat membuat keputusan tetapi tidak kah kau mengerti aku sudah penat berfikir seharian..diterjah pula dengan soalanmu yang pelbagai..nada suara mu juga berlainan. Tiada langsung aura kemesraan... Kau fikir, aku tidak dapat mengesankah?

Kau sering membandingkan aku dengan yang lain.. Kau fikir aku tidak terasa? Kau tahu, kita berdua sama-sama tidak sensitif.. Tetapi tidak kah boleh berlapang dada dengan perbezaan kita? Tidak kah kau boleh berfikiran positif?

Andainya perpisahan yang kau pinta, YA.. aku terima seadanya. Sungguh, aku tak mampu tangani semuanya..penuhkan segala kemahuan mu.. Terpulang lah kepada mu mana mahu dibawa amarah mu.. aku terasa penat.....~~