Thursday, June 23, 2011

Ekspresi 9: Phone Interview & Hal politik

Clock-in: 810am

Boleh terjumpa pula boss yang baru sampai. Jadi, bila lift dah terbuka, aku pun join naik sekali. Maka, terjadilah satu perbualan;

Boss: HR will call you. They will do phone interview

Me: Owh.... is it today?

Boss: Don't know. They already pass the form to HR. Just wait. *smile*

Me: Owh..Ok. Thank you boss ^_^

Hehe... menunjukkan 1 step lagi untuk mencapai status sebagai pekerja dalam bank ke-2 terbesar di Malaysia. Sampai kat meja, aku terus catat possible soalan yang bakal ditanya. Aishhh... aku agak lemah dalam bab-bab temuduga melalui telefon ni. Tapi apa pun semuanya tak mustahil demi masa depan kan? Kekke..sedapkan hati je ni. :p

Ok. Done with that. Sekarang pun dah pukul 949 am.. Pagi-pagi lagi colleagues aku dah bincang pasal politik. Untuk makluman, department aku sekarang memang 1Malaysia la. Ada 1 Melayu, 1 Cina, 1 India & 1 Punjabi. So, bayangkan la betapa berbezanya pendapat kami bila bincang bab politik. Aku kadang-kadang je masuk dalam diskusi. Biasanya macam sekarang, aku sumbat telinga dengan earphone. Sonang eden!Hehe..

Aku rasa bersyukur 'dicampak' ke sini. Sekurang-kurangnya aku boleh bergaul dengan kaum lain. Sebelum ni dengan Melayu je aku kawan. Masuk SC, jumpa juga chinese..sekarang semua kaum aku jumpa. Dan aku juga tak payah pening menghadap kerenah Melayu yang suka bab dengki-mendengki, umpat-mengumpat dan cakap belakang ni. Ya, aku masih belum rasa lagi politik pejabat di sini. Hanya mendengar politik negara saje.

Ok.Peace.Out.

Tuesday, June 14, 2011

Ekspresi 8 : Binatang tunggangan

Encik/Puan/Tuan yang menunggang binatang kenderaan bergaya lagi beso gedabak,

Saya sebagai penunggang kuda yang laju lagi berwarna biru sedar anda bawak lembu kereta yang hebat, jadi tolonglah sedar diri dan bagilah signal sebelum membelok ye. Anda tahukah kalau tak bagi signal apa yang bakal terjadi?? Dua-dua boleh kiok tau tak?! Tau tak?! Aku sendol kang naya je.

Ish, bengang aku! Aku tak ada lesen pun tau bagi signal tau! Oopss.....jangan bagitau JPJ~ Hahaha

No pendaftaran luar tak boleh isi RON95

Pakcik,

 Tak payah lah buat muka gangster suh aku belah cepat-cepat. Aku yang isi minyak dulu, bagi lah aku settle dulu kan? Ce sabo ce sabo!

p/s: memang takde kena mengena dengan tajuk tapi betul la kalau orang yang ada MyKad tapi no plat kereta no asing, tak boleh dah isi Ron95 & gas asli~

Sunday, June 12, 2011

Bufet Pelabur Bijak | ::Pengetahuan asas untuk pelabur::|


" Woww!! Yummmy! banyaknya makanan! Nak itu!Nak ini! Eh, yang hujung tu pun sedap jugak! Ambil semua lah macam ni..rugi makan sikit padahal bayar mahal gile!" Ha! Ni mesti antara dialog yang bergema-gema dalam kepala kalau makanan dihidangkan secara bufet kan? Tapi tu la..kita ni kena beragak jangan membazir. Kesian makanan tu kalau tak habis T___T. Bila makan bufet ni pun kita amik kira soal kewangan gak kan? Sebab biasanya bayar muraaaaaaaahhhhh tapi makan boleh baaaaaanyyyyaaaaaakkkkk! Camtu lah gak bab2 pelaburan ni.. nak modal ciputttt tapi pulangan mestilah besarrrrrr ye dak? Sebelum nak melabur tu, kita kena lah timbang tara apa kah menu-menu yang dihidangkan dalam pelaburan. Meh usha-usha!~

A. Appetizer or Dessert ? 



Ada macam-macam jenis produk pelaburan kat pasaran modal Malaysia ni. Antaranya ialah:

i. Saham/Ekuiti
ii. Unit amanah
iii. Bon
iv. Waran (bukan waran tangkap.....)
v. Derivatif

Selain di atas, ada juga yang tak berkaitan dengan pasaran modal macam savings,hartanah,insuran&barangan koleksi berharga (emas,silver etc.) Jadi, sebelum nak melabur, kita,anda dan kalian semua mestilah faham produk pelaburan tersebut dan pastikan ia nya sesuai dengan tujuan dan kewangan yang ada.


B. Ikut selera makan 

Nak makan banyak ke makan sikit ke..makan pelik-pelik jarang jumpa ke makan nasi macam biasa ke..tu semua terpulang pada korang. Yang penting,habiskan makanan ye! Membazir kan amalan syaitaaaannnirrajim~

Ini budak memang sangat berselera!


Sama lah juga dengan hal pelaburan. Korang sebagai pelabur atau bakal pelabur yang bijaksana mesti pilih pelaburan yang bukan setakat ikut matlamat dan jumlah modal tapi kena tahu gak tahap risiko yang boleh diambil. Takut-takut ada masalah jantung tapi pi melabur kat produk berisiko tinggi, kan dah susah!
hamik!


Kena tahu takat mana risiko yang diambil sama ada agresif,sederhana ataupun konservatif. Bak kata pepatah; Ukurlah Baju di Badan Sendiri~


C. Jalan-jalan cari makan di mana?

Bufet makanan yang ditawarkan setiap hotel/restoran adalah berlainan sama hal juga dengan produk pelaburan. Mesti kita fikir kan menu apa nak makan, dekat atau jauh dan pelbagai faktor lain. Sama juga dengan dilema yang dihadapi bila nak pilih produk pelaburan yang sesuai. Tentunya selera,menu dan 'kesedapan' unit amanah lain dengan saham. So,please choose wisely ^^

Ok, setakat ni sahaja sesi mari makan bersama Hotel Pelaburan Bijak bersama host anda Incik Noname!! Hohoho~~

NOTED: Artikel ubahsuai daripada Bufet Pelabur Bijak terbitan SIDC Malaysia

p/s: lapo la bila cakap pasal makan..huhu =.=