Thursday, August 18, 2011

BW:Kahuna

Hai.

Kembali lagi.. wah,rajin betul menaip kan.. tak tak..aku tak makan gaji buta.. Aku memang takde keje..tu pasal cari keje. Orang lain pun tau aku takde keje dan aku pasti diorang takde pulak sangsi dengan kepura-puraan menaip buat kerja.Ok,dah banyak perkataan kerja..berbelit.

Dah penat menghadap blog orang..rasa nak buat revision hari-hari. Hari ni aku menelaah blog Kahuna. Suka blogger yang compare kehidupan Malaysia dengan negara luar. Ayat dia pun tak de la berterabur sangat. BM masih suci lagi walaupun tak skema sangat. Rasa macam dia tengah bersembang..

Ok, masuk list favourite:)

Wednesday, August 17, 2011

Buat facial tu!

Assalamualaikum! Salam kepada semua anak bangsa Malaysia&Earth!

Hari ni 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432hijrah. Perak,Selangor dan beberapa negeri lain cuti sempena Nuzul Quran. Aihh.... KL tak cuti,jadi Bursa Malaysia pun tak cuti makanya aku bekerja hari ni. Memang rasa macam *mute* ..Pagi-pagi bandar Ipoh ni lengang kot. Berhenti kat simpang empat, first 2minutes aku &Ikan je yang ada! Ni hari biasa sesibuk jalan takde orang memang boleh buat hati macam nak menyumpah. Ok2, kena behave..hari ni hari mulia.

So,untuk redeem hari kerja cuti ni,aku ikut kak H buat facial. FIRST TIME wohh!! Harga basic rm39 je... tapi disebabkan wajahku yang lembut mulus bermasalah ni,aku pun decide follow nasihat beautician tu buat Oxygen treatment.. cam tu la namanya..aku tak tau. Resit dia dah buang siap2..ish. Semalam dah bincang2 appoinment aku 1230-230pm. Kena betul2 2jam ni..lama2 kang payah la bg excuse kan..

Overall,treatment tadi ok la.. siap shoulder dengan hand massage lagi tau! Ikut harga yang ni ok dari housemate aku si N yang pi facial centre yang lain. Beautician tu pun sebelum start buat apa2,dia akan bagitau apa yang dia nak buat. Macam "Oxygen steam aa~" *dialek chinese skit* hehe

Aku rasa yakin nak pi centre ni sebab orang2nya cantik-cantik..hoho... haruslah kan.. Pepun as first timer,aku puas hati..jerawat aku dah pecah,whiteheads dah kurang,jadi ok la. Tapi potong 1 1/2 markah sebab buang/x bagi resit aku. Benda2 ni aku particular skit..cakap je la kedekut..:p

Ok, ni alamat facial centre tu

ULTIMATE SLIMMINGLINE SDN BHD
14,PERSIARAN GREENTOWN 6
GREENTOWN BUSINESS CENTRE
30450 IPOH,PERAK
EMAIL:slimmingline@yahoo.com

tempat ni offer body care,face care&breast care. tempat ni in case takde dalam google map, shop lot tu berdepan dengan Maxis centre Greentown.

Ok,daa... sambung keje.