Monday, October 31, 2011

Frust::

Kecewa lah abah tak bagi join program sukarelawan. Kecewa sangat sangat. Tak tahu sampai bila abah nak pandang rendah kat aku.. Tak tahu sampai bila......

Kalau abah bagi dan percaya kat aku, boleh je kot aku merayu kat boss suruh bagi pelepasan.

Tapi tu lah.....

Tuesday, October 25, 2011

Orang Melayu cakap macam menyanyi?

Tajuk di atas selalu aku buat aku terfikir semenjak tengok cerita "Love,Nora". Heroin cerita ni Yasmin Hani (baru bergelar pengantin baru) dan pelakon yang jadi best friend dia Yana Shamsudin. Dialog tajuk tu diucapkan oleh seorang lelaki Italy yang diorang jumpa di Italy waktu melancong..lelaki tu dengar Yana&Yasmin sembang dlm BM lepas tu dia tegur; "Kamu bercakap macam menyanyi".  Yana&Yasmin gelak la dengar mamat tu tegur dan diorang jelaskan yang diorang bercakap dalam Bahasa Melayu sebab tu nada lain dengan English.

Hmm... betul ke kita cakap macam menyanyi ek? Mari bereksperimen dengan satu ayat yang sama tapi membawa maksud berlainan kerana nada yang diungkap berbeza.

Contoh

"Amboi, cantiknya tudung!" kata Minah kepada Leha

Maksud 1: Minah puji tudung Leha dengan seikhlasnya jika nada itu diungkap dengan nada kagum sambil buat muka..impressed. Lepas tu Leha mula promote tudung baru dia dan 'up' pakwe dia yang belikan tudung tu di Ariani (bagus betul pakwe dia...bisik hati Leha dan atiqah). -tone suara: Ceria

Maksud 2: Minah mengungkapkan ayat di atas dengan jelingan maut dan nada..sedikit naik pada ayat tudung. Boleh jadi dalam situasi ni Minah cuba menegur Leha iaitu adik beliau yang pakai tudung beliau tanpa meminta kebenarannya dahulu. Lepas tu pandai-pandai la Leha minta maaf sambil tersengih-sengih atau buat muka tak tahu je.. -tone suara: Sindiran.

Jadi, dengan 1 ungkapan sebenarnya boleh membawa pelbagai maksud bergantung pada nada. Perasan tak kecantikan BM ni? Nak bercakap pun kena ada nada yang sesuai dan bila kita sembang ada pelbagai maksud kita nak sampaikan. Tak hairan la pada sesiapa yang pertama kali dengar akan pelik dengan cara kita,orang Melayu bercakap. Dah la orang Melayu cantik-cantik,suara pun merdu. Fuh,perasan habis! Hahaha..

Macam bahasa-bahasa lain nada diorang aku dengar sekata je.. ada yang nada asyik tinggi je macam bergaduh walaupun sembang benda biasa..ada yang tenang walaupun tengah menyindir macam kita tengok cerita English.. aku pun kadang confuse..ni perli ke puji ke marah ke?

Jadi,cintailah bahasa kita walaupun hari-hari kau kena cakap English kat pejabat..Bahasa Jiwa Bangsa!

Nota sisipan:Aku pun tak tahu kenapa benda ni yang aku fikir 'fun' tapi bila tulis dah macam kamus Bahasa edisi ke-88 =.="..

Thursday, October 13, 2011

Convocation Vs Accident Day

Ahad lepas, 9.10.11 12:13:14pm

Aku tak tahu pun yang menghadiri convo tu sangat boring okeh. Aku ingatkan perasaan penat tu hanya pada family,sedara-mara yang datang menyambut je rupa-rupanya yang penerima punya perasaan lagi dasyat!

Bayangkan lah,kena sedia depan CAC pukul 1.00+ lepas tu tak tahu nak kumpul kat mana,panas pulak tu. 145pm baru mak bapak boleh masuk dewan, yang graduan pula kena tunggu lagi sampai pukul 230pm. Masuk2 kitorang graduan Bachelor of Economics duduk belakang&penerima terakhir sekali padahal kitorang paling sikit kot! Memang tak aci la kalau nak ikut alphabetical order untuk course.. keluar pun last sekali tapi aku ngelat pi menyelit kat budak Accounting. hahhaa..

To be fair, bila keluar tu happy la sebab family,kawan-kawan dan junior bagi bunga dan hadiah kan.. siapa yang tak happy? Aku yang tak suka bunga pun happy gaban apatah lagi korang yang memang minah(mat) bunga..kan?kan? dan.. time keluar la adik aku tunjuk GEN2 de eksiden teruk dengan 5 buah kereta! Aishhh... hilang mood weh. Hilang! kesian kat kakak.de&kawan kakak yang ikut sekali. I feel bad..sebab diorang otw ke UIAM untuk convocation aku time accident tu. Aduhh... kakak pulak bagitahu yang MYVI dia pun accident..langgar tiang apartment de masa nak parking.. o_O

Gerak ke malam, masa de nak bawak kereta KIA along, instead of ke depan, de undur ke belakang dengan laju & langgar along. Alhamdulillah tak lah parah just kena lutut. but again... feel bad sebab along memang tak sihat kebelakangan ni..dan dia sorang drive pergi balik Gombak-Slim. Lepas Isyak abg fatah datang nak ambil de.kakak&Iqbal. Masa dia nak keluar dari Mahallah Safiyyah, dia terlanggar pulak motor yang parking depan dia. Allahu Akbar! Sangat menguji..

Tapi kasih sayang Allah masih terlihat bila malam tu kami sekeluarga dapat saksikan kejadian 'Halo Moon' dengan jelas  (senyum sikit ^_^). Malam tu juga aku masuk rumah sewa baru & esoknya ke tempat kerja baru bertemu kawan-kawan&kerja baru.

Untuk hilangkan rasa teruk&kecewa baca post ni,marilah meninjau gambar pre-convo yang comel belaka ni. ^^

Gambar-typical-convo-bersama-SMART

Congratulations SMART! & all graduates!

with Madam Nik:Accounting lecturer MCIIUM



::Just Graduate,No Partner::
 
Suka yang ini..fake kan?Hahaha

macam berwawasan..aku la yang macam. yang lain MEMANG

Geng matrics.

Marilah sama-sama jemaah di masjid ya.

baling lagi

Ya, kitorang memang suka baling topi.
Nota terakhir untuk sahabat SMART:

Kauthar,Nadiah,Syikin,Sih,Mun,Fiqah,Pn Adak &Pn Sha;

4 tahun lebih kita bersama
Macam-macam tragedi,kenangan yang kita kumpul
Masuk dalam memori untuk disimpan
Masuk dalam tong sampah untuk dibuang

Adak,sha dah kahwin..awal dari dijangka. Kita anak-anak dara ni marilah menyambung menjaga maruah diri dan mengejar cita-cita yang masih menggunung. Panjang perjalanan yang bekeluarga apatah lagi yang masih 'mencari' keluarga. Walaupun jarang kita bergambar bersama bukanlah bermaksud jarang juga kita mengingati satu sama lain. Jauh di sudut hati kita tetap SATU kan?

Kepada Geng 17:

Korang tahu tak ramai yang jeles dengan kita? Sebab kita masih boleh reunion ramai-ramai walaupun tak semua datang hingga hari terakhir.. Tapi who's care?? United we stand! Dapat gak hire pro photog untuk gambar pre-convo kita.

Dan..banyak juga peristiwa2 rahsia antara kita ye? Eleh..bukanlah rahsia sangat.. pecah gak cakap-cakap belakang tu.. Tak kisahlah..asalkan jangan berbunuh-bunuhan.Eh??

Well, all the BEST to you guys! Yang dah bekerja rajin-rajin kan jalankan amanah. Yang dah kahwin, jaga kandungan anda elok-elok. Yang masih belajar, enjoy dan kutiplah segala ilmu kat UIA tu. Insya Allah ada masa kami pula yang sambut convo anda tahun depan especially to Azrina Azizan. Thank you very much!

p/s: Would like to express my gratitude to Allah because give me these group of families,friends &lecturers to teach me about life directly and indirectly. Even though my doa to get first class honour was not granted but You replace it with them which more valuable to me. Benarlah;

"And when My slaves ask you O Muhammad (s.a.w), concerning Me, then answer them, I (Allah) am indeed near. I respond to the invocations of the servants who makes doa' to Me. So, let them obey Me and believe in Me, so that they may be led to the straight path."Surah Al-Baqarah, verse 186.

ALLAH ITU DEKAT. Hanya Dia yang tahu apa hamba-hambaNYA perlukan.

Wednesday, October 5, 2011

Dah tua nanti, jangan cakap camni

1." Akak ok je dengan semua orang. Tu sebab bila akak pindah tempat kerja, semua junior nangis sedih sebab akak je senior baik dengan diorang" ..tapi lepas tu bila orang silap sikit, ko menyinga! Orang tanya  sikit, ko nak menyombong. Memang la pas ni ko pergi orang nangis. Bukan sedih.tapi gembira!

2. "Ohhh...awak apply kerja tu ke? Akak tau company tu. Ha,kalau si A minta mesti dia dapat". ...What the fish??? Dah si A tak minta kerja tu,apa pasal A pulak yang MESTI dapat? Ko jangan buat si B rendah diri la... Bagi la support sikit..Tak payah compare A dengan B walaupun semua maklum A lebih berketrampilan.

3. "Isk, aku makan garam lebih dulu dari kamu!" ...No!No! that's not cool at all! Budak2 muda pun berhak ada opinion dia sendiri.. Kalau ko rasa tak betul, cuba jelaskan elok2 jangan cepat rasa ko je betulllllll......

Ok, 3 je dulu pesanan untuk orang muda yang bakal tua. Lain kali la sambung. Macam malas. Hahaha