Saturday, November 19, 2011

Nora Danish comel dalam Tentang Dhia

Yo!

Ceh tak senonoh. Cuba bagi salam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ustazah ucapakn kepada antunna antum sekalian. Cewah!

Nak cerita lah pasal opis Damansara ni. Cerita dalam bentuk point, nampak lebih mudah. Mari kita cuba!

1. Opis sebelah mall dan tempat duduk aku betul2 berjiran dengan pub/bar/club.

2. Lepas lunch boleh dengar lagu sedap-sedap. No Lady Gaga, No Justin Bieber here okeh!

3. Tapi tetiba aku pasang HotFM,terdengar lagu Ziana Zain yg macam tak lepas ni apahal dowh?!

4. Trivia: Kenapa Cik Kin minat Ziana zain? Siapa dapat jawab, boleh tumpang naik MYVI baru dia keliling Kg Baru. Haha

5. Keje aku macam best. Uruskan keluar masuk duit orang, jual beli asset/syer orang.

6. Kejadah uruskan hal orang tapi aku takde aset? Macam chef restoran mahal tapi tak penah rasa makanan sendiri..iskk..memang tak boleh dipercayai. Heh.

7. Tengok betapa sayangnya aku pada kerja sampai hari ni Sabtu pun aku kat opis..berblog.. Eh tak, aku buat kerja lah tadi.. ni dah habis opis hour..aku komited la..berintegriti.. (gigih lak terangkan..pff)

8. Setiap kali nak kuar opis dan masuk shopping mall, aku akan guna pintu keluar-masuk bar..Orang selalu pandang aku slack/pelik.. Iyelah kan, aku kan ayu,manis,berbaju kurung dan seakan Ustazah Pilihan tapi boleh pulak masuk bar ek?

9. Iye, aku selalu usha waiter dalam bar tu.. hensem-hensem dan..nampak macam ramai Melayu..eh?

10. Salah satu yang potong mood kerja aku ni kalau system down.. mahu satu kerja terima caci maki client kaya yang siang malam tengok board saham pikir nak kaut syer company kaya-kaya.Bajet je..

11. Seius weh,lagu Harimau Malaya kat HotFM ni tak best! Sapa yang nyanyi ni?? Pi kat zoo tengok harimau dulu la baru ada semangat sikit rentak&lirik! Emo lak minah ni..

12. Duduk di Damansara tak menjadikan anda kaya atau nampak kaya tanpa cukup ongkos di poket. Sama je macam hidup kat Gombak dengan duit PTPTN.

13. PTPTN punya form Ujrah aku tak hantar lagi!! Habislah..tapi, aku tak nak gaji kena potong..tak best la..

14. Aku lapar Nando's...

15. Dahaga Tutti Frutti...

16. Ceh, bajet ko pun dah semput tau tak?? Tak tak.."ko" tu merujuk pada diri sendiri.. Biasalah..monolog dalaman..tulis blog ni kan ikut kata hati.. kot mulut nak bunyi sekali baik sembang depan-depan.. ye tak?

17. Macam tu la kehidupan di Damansara yang bunyi macam best kalau di seia sekata kan dengan Bersara. hahaha..macam hampeh.

Ok,daaaaaa.....

Wednesday, November 9, 2011

Yo Blog!
Sorry lah lama tak jenguk kau.. tak sedap 'curi tulang' selalu. Hari ni rilex sikit..baru boleh menjenguk.

Jummat
Fly ke Riau.. aduh, rasa hilang separuh semangat di bawa oleh sahabat yang tak jadi pergi tu. baca Contengan Jalanan (Hlovate) pasal Chad & Fend yang merantau ke Australia bersama buat aku jelous pulak. Aku teringin... nak berkelana bersama supaya kami saling memahami.. lebih lagi faham.