Wednesday, September 12, 2012

Adab Makan

Melayu bab bab beradab ni memang superb! Tapi yang tak berapa bagusnya ialah ajak makan bila kau memang takde niat nak ajak orang tu makan!

Contoh situasi:

A nak makan makanan yang sedap dan berbau semerbak di hadapan B yang sedang kelaparan.

A: B, makan!

B: (hmm.. Cukup2 utk sorang je pun)Ha, makanlah! :)

A: ok! Ngup... Ngap..ngup..ngap.. (makan tak tutup mulut berbunyi)

B : ........... (lapar)........

Sangat tak beradab ok makan depan orang lepas tu makan berbunyi pulak tu!!

Seriously, aku sebagai B memang akan sakit telinga sebab perut lapar! Diajak2 ayam pulak tu! Marilah tidur dengan hati yang bengkak! Semoga si A dapat balasan yang sewajarnya.

Wednesday, September 5, 2012

Leka= Buang masa

Dalam kita menjalani kehidupan seharian, ada masa kita akan leka.. Kadang leka dengan perkara semasa, perkara lepas, benda yang kita buat, lagi teruk leka dengan termenung kosong!

Akibat dari leka itu, kita akan lupa sesetengah perkara. Macam aku, akibat leka dengan macam-macam hal sepanjang bulan Ramadhan lepas, aku lupa sampai mana hafazan! Sekarang kena merangkak balik cari hujung 'ekor kuda' yang terlepas..........

Allahu.... Payah hafazan tak bersungguh ni... Sekali kau buat tak tahu, susah yang amat nak dapat balik! Ya Allah, permudahkanlah... Permudahkanlah,..... Permudahkanlah.......