Tuesday, July 23, 2013

Dua tiga tujuh tiga belas

Ti kay one zero zero three

Berhantu

Susah gila nak pass!

Susah gila nak rajin buat assignment ko!

Ni kali kedua

Ulangtahun servis cik putih

Kenapalah perodua pasang sinetron sampah ni?

Haihh.... 

Tuesday, July 2, 2013

Review Jang Ok Jung-Live in Love


Berakhirlah tontonan 24 episod Jang Ok Jung-Live in Love... *lap-lap hingus* 

Sejujurnya tengok cerita ni lompat-lompat. Tapi permulaan dan pengakhiran cerita haruslah follow baru la tau ceritanya macam mana.

Ok, ringkasan cerita- Jang Ok Jung, gundik Raja Sukjong (Lee Soon/Yi Hun) dari kelas bawahan. Mak dia bekas hamba dan bapa dia peniaga.. Tapi ada satu peristiwa yang buatkan hidup diorang menderita sampai bapa dia mati,abang dia hilang dan mak dia jadi hamba semula. Dah remaja camtu, Jang Ok Jung(JOJ) kerja kat istana bahagian pakaian ni dan eventually dia jadi fashion designer..

Cerita JOJ ni ada macam2 versi tapi paling famous dalam hikayat,JOJ ni jahat dan digelar perempuan sihir. Contoh drama- Dong Yi. Tapi drama ni nak angkat yang JOJ ni sebenarnya baik.. Tuduhan tu semua tak betul.. Kalau ada kejahatan pun bersebab. 

JOJ juga terkenal sebagai gundik kesayangan raja sampai kubur diorang kat satu tempat dan sekali dengan Queen Inhyun. Queen ni pun famous gak sebab banyak drama pasal dia.. Dia baik dan datang dari keluarga terhormat.. Kira bertentangan la dengan JOJ. Sebab tu ada konflik.


Even cerita ni pasal JOJ, aku langsung tak kesian kat JOJ. Macam tak aci kot semua benda jahat ko buat sebab cinta.. Raja pun pejam mata sebab..cinta katanya. Kesiannn sangat kat Queen Inhyun..sebab JOJ, queen takde chance nak dekat dengan raja. Yang lain lagi pasal drama ni, watak Dong Yi jadi jahat! Kalau baca kat wiki, Dong Yi memang naik sebab politik dan Queen Inhyun tapi hancur kot imej baik dia dlm drama2 sebelum ni... Huhuhu

Selain kisah romantik dan cinta raja-JOJ. Kita boleh tengok macam mana raja treat perempuan.. Agak tak fair sebab wanita2 istana termasuk permaisuri dan gundik, tak boleh ada Jealousy! Tu jadi dosa paling besar dalam 7 dosa bagi diorang. Kesian.. Mana ada perempuan tak jeles kan? Aku nangis time Queen Inhyun mati je.. Dia mati sebab dok tahan marah sampai sakit dada. Ada riwayat lain cerita dia disumpah oleh JOJ sebab tu JOJ dijatuhkan hukuman mati dgn mkn racun. Queen Inhyun menyesal jadi permaisuri raja sebab raja tak pernah nampak dia sebagai perempuan.. Jadi raja takmo dekat dan baik dengan dia.. Put the distance just because she is minister's daughter! Sebab tu raja dengan JOJ je. 

Taktau rating cerita ni kat korea macam mana. Pelakon famous2 tapi ye la cerita ni agak lain dari versi2 yang biasa dengar.. 

Pendapat sendiri, drama ni ok je. Cerita cinta tu tragis sangat...JOJ memang diangkat gila2 sampai rasa ek eleehhh...raja ni.. Apa pun biasa la the winner create history and write their own version of victory. Drama ni pun adaptasi dari buku yang sama tajuk.. Kim Tae Hee tetap tercantik! Eh.

Friday, March 29, 2013

Bonus dan ....

Ok la katanya nak plan nak buat apa dengan bonus kan tapi.. Tak menyempat!

Takat ni dah banyak kot habis duit tu! Gila betul!

1. Motor- bayar sekali gus.. Dan lebih sikit sebab geram.. Rasa kedai tu tipu... Tapi tak reti pulak camne nak counter. Yang aku pun double tak cerdik.. Siap bayar lebih kot! Total kena byr RM2410 camtu tapi p byr RM2450! Hmmm... Aku memang camtu kot. Haihhh..

2. Crowning gigi- bapak mahal! Rm2500! Rasa sebab klinik datin la... Haihh.. Tapi mujur RM1k boleh claim kan... So akan dapat balik next month. Tu pun nanti kena potong epf ke apa .. Haru gak.

3. Belanja housemate-RM150.. Sempena birthday :)

4. Hari tu kuarkan rm500.. Tolak rm150 jadi rm350.. Tadi blnj kn dlm rm50 utk baju n tudung. Rm50 untuk consultation gigi tu. Rm200 simpan untuk sewa.. Rm20 teksi tadi n few more dollars spent utk mkn smlm dan hari ni.. Kira habis gak la rm500 ni.

5. Semalam belanja kat poplook rm150. Hehe...

Jadi... Dah spent rm5k plus dah ni! Gila... Dalam 2 hari je!!

Sekarang ni ingat nak bagi mak abah.. Dan beli smartphone untuk diorang.. Tapi 1 je la.. Guna untuk whatsapp adik2. Dan... Rasanya abah perlukan GPS... Tadi abah sesat kat KL ni.. Kesian sangat...

Contohla kan, spent RM2k untuk phone.. Line pulak berapa? Tak guna weh ada smartphone tapi takde line. Wifi kat rumah pun bkn selalu ok. Rasa esok kena usha gak..

Ok, sambung nanti!

Wednesday, February 27, 2013

Masa hadapan

Dear Atiqah,

When you decide to get married with a man, make sure that man not those who hurts you before. Either by intention or not because you had been suffered by that.

If you think its worth it to go on, then please consult Allah whole heartedly.
Hence hope no regret as Allah is the best decision maker ever and the only one.

As you read this, remember that this post was wrote because you felt so down with men that you knew... Those men are seem pious and knowledgable but they are not better than bad people. Their heart are not true Muslims' .

But its ok.. No people perfect and Jannah is not easy to enter.

Now,you move on as you find the one.. Hopefully he is the one that able to make you love Allah than him and anything in this world.

Please don't feel rush and desperate. Feel the passion and happiness of love so you will be satisfied later. Enjoy the wedding day and most importantly the marriage itself.

Yours truly,
You. .27/2/2013.

Sunday, February 3, 2013

Survey Kereta :Nissan ALMERA

Kereta kedua:

Pilihan Kedua: Nissan Almera 1.5.

Cantik kan? Ada yang tak suka..tapi bagi saya ok what?! Ruang bonet serius besar.. Leg room kat tempat penumpang pun sama. Harga start dari RM66800.00. Tapi tu Manual ye. Kalau Auto, tambah RM3K lagi. Tapi biasanya orang ambil jenis V atau VL. Sebab E terlalu basic..bagi saya la. Even airbag pun hanya ada pada driver. Jadi kalau saya ambil, saya akan ambil V. VL ada push start engine button. V harga dalam RM76800.00. VL, RM79000 lebih.


Ni radio dan aircond button. Tengok je terus saya teringat Persona! Macam Persona punya je... tak nampak ke-NISSAN-nya. Memang banyak yang cakap ALMERA ni version cut cost. Yelah, harga pun lagi murah dari model NISSAN yang lain. Ni pengganti kepada NISSAN Sunny. Abah memang suka la Nissan sebab jenama ni kan dari Jepun dan dah lama pulak tu kat negara kita. Nissan juga dikatakan high resale value.. Macam Honda dan Toyota. Tapi taktau la Almera macam mana sebab baru lagi.

Kalau saya ambil, saya akan tambah IMPUL body kit sebab bentuk original nampak "kosong"... Mungkin pandangan saya je.. Saya pun tak berapa suka part radio tu.. Terkenang kan Myvi lagi nampak cantik dan bergaya... Jadinya kalau tambah IMPUL (RM1500.00), bulanan saya kena bayar RM793.00. Dah terlebih dari bajet.

Nissan juga ada tawarkan macam-macam pakej aksesori nak cantikkan kereta yang bermula dari RM3500 tapi bila tengok tu saya dah mula rasa tak syok sebab RM70k tu sebenarnya tak rasa RM70k.. ada lagi hidden cost supaya kereta lagi nampak gah. Haih la....

Mungkin saya kena survey lagi....

Survey Kereta: MYVI SE 1.5

Jadi, dah tiba masanya berkereta setelah lama sangat berangan. Ada beberapa kriteria yang saya nak.

1. Affordable (Mampu milik)

Biasanya bank akan tengok gaji bersih kita sebelum loan approve. Salah satu yang penting, bayaran bulanan tak lebih 1/3 dari gaji bersih (Gaji kasar - Potongan tetap seperti EPF, SOCSO etc). Dalam kes saya; 1/3*RM2,300.00 = RM766. Jadi kita tengok maksimum harga kereta kita boleh ambil berapa. Sekarang ni kan banyak bank tawarkan full loan/financing. Tapi kita kena ingat full loan=higher interest/ profit rate yang dikenakan= bayaran bulanan yang tinggi. Lepas kira secara kasar maksimum harga kereta ialah RM80,000.00 dengan 9 tahun loan.

2. Sedap mata memandang.

Mata sendiri dan orang lain terutamanya family. Keluarga saya ramai dan macam-macam kereta ada dah. Pandangan diorang kena ambil juga walaupun diorang takde la nak tekan pun.

3. Selesa.

Yang penting driver selesa. Bayar bulan-bulan pun bahagia je.. yelah sangat kan..
=======================================================

Pilihan Pertama: MYVI SE 1.5 (Auto)

Kat rumah dah ada Myvi dah..kakak punya..1.3 versi 2010. Warna hitam. Kalau Myvi balik, mesti semua pun nak keluar dengan Myvi sebab rasanya Myvi selesa kot. Lagi lagi kitorang yang kaki panjang ni. Cik Kia pun kena tinggal. Duduk lama-lama dalam kereta sedan lenguh kaki.. 

Myvi SE 1.5 ni selain tempat duduk yang selesa, versi ni kira cantik dan elegan juga interiornya. Versi SE ada GPS semua dah. Jadi rasa sangat berbaloi dengan harga RM56,000 lebih tu. Bayar bulan2 kalau full loan dalam RM650, bayar 10% dapat RM580. Saiz dia pun comel dan sporty kan? Walaupun nanti tuan dia confirm bawak dengan penuh sopan santun, gaya mesti ada juga kan? Hehe..

Ciri-ciri mampu milik, cantik dan selesa tu semua ada. Tapi nak tunggu Tuan Guru Besar luluskan je. Huhu.. Abah suruh survey lagi.. Mungkin abah fikir dah ada Myvi, jadi dia nak tengok kereta lain pulak.. Mungkin juga ada sebab-sebab lain ? Takpe, kita survey je yang seterusnya! ^o^


Wednesday, September 12, 2012

Adab Makan

Melayu bab bab beradab ni memang superb! Tapi yang tak berapa bagusnya ialah ajak makan bila kau memang takde niat nak ajak orang tu makan!

Contoh situasi:

A nak makan makanan yang sedap dan berbau semerbak di hadapan B yang sedang kelaparan.

A: B, makan!

B: (hmm.. Cukup2 utk sorang je pun)Ha, makanlah! :)

A: ok! Ngup... Ngap..ngup..ngap.. (makan tak tutup mulut berbunyi)

B : ........... (lapar)........

Sangat tak beradab ok makan depan orang lepas tu makan berbunyi pulak tu!!

Seriously, aku sebagai B memang akan sakit telinga sebab perut lapar! Diajak2 ayam pulak tu! Marilah tidur dengan hati yang bengkak! Semoga si A dapat balasan yang sewajarnya.