Monday, December 19, 2011

Aarghhhhh!!!!

Mahu juga menjerit sepenuh hati

 Rasa geram,marah, sedih..semua ada.

 Nak basuh baju tak boleh, iron baju pula takde baju..Memang rasa nak bergaduh! 

 Isu pertama: Kawan lelaki ada lah BIG NO!NO!
 Aku dah serik. Serik sangat! Memang susah nak diharapkan pada kawan lelaki ni. Kawan tak sama dengan pakwe ye. Deme kalau bukan pasal awek yang deme nak mengorat, memang tak ada lah wujud perkataan tolong dalam kamus hidup deme. Terutama lelaki melayu. yang berlagak alim. konon ustaz. tapi perangai dalaman macam kuih tat tak cukup rangup!

 Isu Kedua: Kawan yang tak berapa baik.
Seriously, aku tak tahu kenapa ramai mudah kesian dengan sikap mengada-ngada ko. Aku je ke yang rasa ko sengaja mengada-ngada? Ko cakap ko matured, tapi luahan perasaan setiap ketika adalah sangat tidak matang ye kawan!

Isu ketiga: Bossy!
Okeh. Baiklah, aku tidak kisah nak kritik atau tegur sikap/cara aku kerja. Tapi kritik setiap masa adalah sangat men'tension' kan okeh? Aku dapat rasa lah aura tak suka ko pada aku..aku tahu.. Tapi tolonglah, just be professional. Ko kan laki...jangan lah perangai macam perempuan period 24/7. Aku rimas la..... Aku ni dah lah takde tempat mengadu... seksa jiwa ni tau tak? Tadi rasa tangan sejuk je pasal tahan marah punya pasal. Yelah yelah, aku tak kacau dah phone ko...sorry la..aku bukan sengaja nak kongsi phone dengan ko.. Ambil la sorang... Tak hairan tau tak?! This is work place la bro!

Isu Keempat: ............................
Aku tak nak mengumpat dan ini bukan mengumpat. Yang membaca tak perlu nak meluat sekali pada golongan di atas. Aku perlukan tempat dan ini tempat aku.

DONE.

Saturday, November 19, 2011

Nora Danish comel dalam Tentang Dhia

Yo!

Ceh tak senonoh. Cuba bagi salam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ustazah ucapakn kepada antunna antum sekalian. Cewah!

Nak cerita lah pasal opis Damansara ni. Cerita dalam bentuk point, nampak lebih mudah. Mari kita cuba!

1. Opis sebelah mall dan tempat duduk aku betul2 berjiran dengan pub/bar/club.

2. Lepas lunch boleh dengar lagu sedap-sedap. No Lady Gaga, No Justin Bieber here okeh!

3. Tapi tetiba aku pasang HotFM,terdengar lagu Ziana Zain yg macam tak lepas ni apahal dowh?!

4. Trivia: Kenapa Cik Kin minat Ziana zain? Siapa dapat jawab, boleh tumpang naik MYVI baru dia keliling Kg Baru. Haha

5. Keje aku macam best. Uruskan keluar masuk duit orang, jual beli asset/syer orang.

6. Kejadah uruskan hal orang tapi aku takde aset? Macam chef restoran mahal tapi tak penah rasa makanan sendiri..iskk..memang tak boleh dipercayai. Heh.

7. Tengok betapa sayangnya aku pada kerja sampai hari ni Sabtu pun aku kat opis..berblog.. Eh tak, aku buat kerja lah tadi.. ni dah habis opis hour..aku komited la..berintegriti.. (gigih lak terangkan..pff)

8. Setiap kali nak kuar opis dan masuk shopping mall, aku akan guna pintu keluar-masuk bar..Orang selalu pandang aku slack/pelik.. Iyelah kan, aku kan ayu,manis,berbaju kurung dan seakan Ustazah Pilihan tapi boleh pulak masuk bar ek?

9. Iye, aku selalu usha waiter dalam bar tu.. hensem-hensem dan..nampak macam ramai Melayu..eh?

10. Salah satu yang potong mood kerja aku ni kalau system down.. mahu satu kerja terima caci maki client kaya yang siang malam tengok board saham pikir nak kaut syer company kaya-kaya.Bajet je..

11. Seius weh,lagu Harimau Malaya kat HotFM ni tak best! Sapa yang nyanyi ni?? Pi kat zoo tengok harimau dulu la baru ada semangat sikit rentak&lirik! Emo lak minah ni..

12. Duduk di Damansara tak menjadikan anda kaya atau nampak kaya tanpa cukup ongkos di poket. Sama je macam hidup kat Gombak dengan duit PTPTN.

13. PTPTN punya form Ujrah aku tak hantar lagi!! Habislah..tapi, aku tak nak gaji kena potong..tak best la..

14. Aku lapar Nando's...

15. Dahaga Tutti Frutti...

16. Ceh, bajet ko pun dah semput tau tak?? Tak tak.."ko" tu merujuk pada diri sendiri.. Biasalah..monolog dalaman..tulis blog ni kan ikut kata hati.. kot mulut nak bunyi sekali baik sembang depan-depan.. ye tak?

17. Macam tu la kehidupan di Damansara yang bunyi macam best kalau di seia sekata kan dengan Bersara. hahaha..macam hampeh.

Ok,daaaaaa.....

Wednesday, November 9, 2011

Yo Blog!
Sorry lah lama tak jenguk kau.. tak sedap 'curi tulang' selalu. Hari ni rilex sikit..baru boleh menjenguk.

Jummat
Fly ke Riau.. aduh, rasa hilang separuh semangat di bawa oleh sahabat yang tak jadi pergi tu. baca Contengan Jalanan (Hlovate) pasal Chad & Fend yang merantau ke Australia bersama buat aku jelous pulak. Aku teringin... nak berkelana bersama supaya kami saling memahami.. lebih lagi faham.

Monday, October 31, 2011

Frust::

Kecewa lah abah tak bagi join program sukarelawan. Kecewa sangat sangat. Tak tahu sampai bila abah nak pandang rendah kat aku.. Tak tahu sampai bila......

Kalau abah bagi dan percaya kat aku, boleh je kot aku merayu kat boss suruh bagi pelepasan.

Tapi tu lah.....

Tuesday, October 25, 2011

Orang Melayu cakap macam menyanyi?

Tajuk di atas selalu aku buat aku terfikir semenjak tengok cerita "Love,Nora". Heroin cerita ni Yasmin Hani (baru bergelar pengantin baru) dan pelakon yang jadi best friend dia Yana Shamsudin. Dialog tajuk tu diucapkan oleh seorang lelaki Italy yang diorang jumpa di Italy waktu melancong..lelaki tu dengar Yana&Yasmin sembang dlm BM lepas tu dia tegur; "Kamu bercakap macam menyanyi".  Yana&Yasmin gelak la dengar mamat tu tegur dan diorang jelaskan yang diorang bercakap dalam Bahasa Melayu sebab tu nada lain dengan English.

Hmm... betul ke kita cakap macam menyanyi ek? Mari bereksperimen dengan satu ayat yang sama tapi membawa maksud berlainan kerana nada yang diungkap berbeza.

Contoh

"Amboi, cantiknya tudung!" kata Minah kepada Leha

Maksud 1: Minah puji tudung Leha dengan seikhlasnya jika nada itu diungkap dengan nada kagum sambil buat muka..impressed. Lepas tu Leha mula promote tudung baru dia dan 'up' pakwe dia yang belikan tudung tu di Ariani (bagus betul pakwe dia...bisik hati Leha dan atiqah). -tone suara: Ceria

Maksud 2: Minah mengungkapkan ayat di atas dengan jelingan maut dan nada..sedikit naik pada ayat tudung. Boleh jadi dalam situasi ni Minah cuba menegur Leha iaitu adik beliau yang pakai tudung beliau tanpa meminta kebenarannya dahulu. Lepas tu pandai-pandai la Leha minta maaf sambil tersengih-sengih atau buat muka tak tahu je.. -tone suara: Sindiran.

Jadi, dengan 1 ungkapan sebenarnya boleh membawa pelbagai maksud bergantung pada nada. Perasan tak kecantikan BM ni? Nak bercakap pun kena ada nada yang sesuai dan bila kita sembang ada pelbagai maksud kita nak sampaikan. Tak hairan la pada sesiapa yang pertama kali dengar akan pelik dengan cara kita,orang Melayu bercakap. Dah la orang Melayu cantik-cantik,suara pun merdu. Fuh,perasan habis! Hahaha..

Macam bahasa-bahasa lain nada diorang aku dengar sekata je.. ada yang nada asyik tinggi je macam bergaduh walaupun sembang benda biasa..ada yang tenang walaupun tengah menyindir macam kita tengok cerita English.. aku pun kadang confuse..ni perli ke puji ke marah ke?

Jadi,cintailah bahasa kita walaupun hari-hari kau kena cakap English kat pejabat..Bahasa Jiwa Bangsa!

Nota sisipan:Aku pun tak tahu kenapa benda ni yang aku fikir 'fun' tapi bila tulis dah macam kamus Bahasa edisi ke-88 =.="..

Thursday, October 13, 2011

Convocation Vs Accident Day

Ahad lepas, 9.10.11 12:13:14pm

Aku tak tahu pun yang menghadiri convo tu sangat boring okeh. Aku ingatkan perasaan penat tu hanya pada family,sedara-mara yang datang menyambut je rupa-rupanya yang penerima punya perasaan lagi dasyat!

Bayangkan lah,kena sedia depan CAC pukul 1.00+ lepas tu tak tahu nak kumpul kat mana,panas pulak tu. 145pm baru mak bapak boleh masuk dewan, yang graduan pula kena tunggu lagi sampai pukul 230pm. Masuk2 kitorang graduan Bachelor of Economics duduk belakang&penerima terakhir sekali padahal kitorang paling sikit kot! Memang tak aci la kalau nak ikut alphabetical order untuk course.. keluar pun last sekali tapi aku ngelat pi menyelit kat budak Accounting. hahhaa..

To be fair, bila keluar tu happy la sebab family,kawan-kawan dan junior bagi bunga dan hadiah kan.. siapa yang tak happy? Aku yang tak suka bunga pun happy gaban apatah lagi korang yang memang minah(mat) bunga..kan?kan? dan.. time keluar la adik aku tunjuk GEN2 de eksiden teruk dengan 5 buah kereta! Aishhh... hilang mood weh. Hilang! kesian kat kakak.de&kawan kakak yang ikut sekali. I feel bad..sebab diorang otw ke UIAM untuk convocation aku time accident tu. Aduhh... kakak pulak bagitahu yang MYVI dia pun accident..langgar tiang apartment de masa nak parking.. o_O

Gerak ke malam, masa de nak bawak kereta KIA along, instead of ke depan, de undur ke belakang dengan laju & langgar along. Alhamdulillah tak lah parah just kena lutut. but again... feel bad sebab along memang tak sihat kebelakangan ni..dan dia sorang drive pergi balik Gombak-Slim. Lepas Isyak abg fatah datang nak ambil de.kakak&Iqbal. Masa dia nak keluar dari Mahallah Safiyyah, dia terlanggar pulak motor yang parking depan dia. Allahu Akbar! Sangat menguji..

Tapi kasih sayang Allah masih terlihat bila malam tu kami sekeluarga dapat saksikan kejadian 'Halo Moon' dengan jelas  (senyum sikit ^_^). Malam tu juga aku masuk rumah sewa baru & esoknya ke tempat kerja baru bertemu kawan-kawan&kerja baru.

Untuk hilangkan rasa teruk&kecewa baca post ni,marilah meninjau gambar pre-convo yang comel belaka ni. ^^

Gambar-typical-convo-bersama-SMART

Congratulations SMART! & all graduates!

with Madam Nik:Accounting lecturer MCIIUM



::Just Graduate,No Partner::
 
Suka yang ini..fake kan?Hahaha

macam berwawasan..aku la yang macam. yang lain MEMANG

Geng matrics.

Marilah sama-sama jemaah di masjid ya.

baling lagi

Ya, kitorang memang suka baling topi.
Nota terakhir untuk sahabat SMART:

Kauthar,Nadiah,Syikin,Sih,Mun,Fiqah,Pn Adak &Pn Sha;

4 tahun lebih kita bersama
Macam-macam tragedi,kenangan yang kita kumpul
Masuk dalam memori untuk disimpan
Masuk dalam tong sampah untuk dibuang

Adak,sha dah kahwin..awal dari dijangka. Kita anak-anak dara ni marilah menyambung menjaga maruah diri dan mengejar cita-cita yang masih menggunung. Panjang perjalanan yang bekeluarga apatah lagi yang masih 'mencari' keluarga. Walaupun jarang kita bergambar bersama bukanlah bermaksud jarang juga kita mengingati satu sama lain. Jauh di sudut hati kita tetap SATU kan?

Kepada Geng 17:

Korang tahu tak ramai yang jeles dengan kita? Sebab kita masih boleh reunion ramai-ramai walaupun tak semua datang hingga hari terakhir.. Tapi who's care?? United we stand! Dapat gak hire pro photog untuk gambar pre-convo kita.

Dan..banyak juga peristiwa2 rahsia antara kita ye? Eleh..bukanlah rahsia sangat.. pecah gak cakap-cakap belakang tu.. Tak kisahlah..asalkan jangan berbunuh-bunuhan.Eh??

Well, all the BEST to you guys! Yang dah bekerja rajin-rajin kan jalankan amanah. Yang dah kahwin, jaga kandungan anda elok-elok. Yang masih belajar, enjoy dan kutiplah segala ilmu kat UIA tu. Insya Allah ada masa kami pula yang sambut convo anda tahun depan especially to Azrina Azizan. Thank you very much!

p/s: Would like to express my gratitude to Allah because give me these group of families,friends &lecturers to teach me about life directly and indirectly. Even though my doa to get first class honour was not granted but You replace it with them which more valuable to me. Benarlah;

"And when My slaves ask you O Muhammad (s.a.w), concerning Me, then answer them, I (Allah) am indeed near. I respond to the invocations of the servants who makes doa' to Me. So, let them obey Me and believe in Me, so that they may be led to the straight path."Surah Al-Baqarah, verse 186.

ALLAH ITU DEKAT. Hanya Dia yang tahu apa hamba-hambaNYA perlukan.

Wednesday, October 5, 2011

Dah tua nanti, jangan cakap camni

1." Akak ok je dengan semua orang. Tu sebab bila akak pindah tempat kerja, semua junior nangis sedih sebab akak je senior baik dengan diorang" ..tapi lepas tu bila orang silap sikit, ko menyinga! Orang tanya  sikit, ko nak menyombong. Memang la pas ni ko pergi orang nangis. Bukan sedih.tapi gembira!

2. "Ohhh...awak apply kerja tu ke? Akak tau company tu. Ha,kalau si A minta mesti dia dapat". ...What the fish??? Dah si A tak minta kerja tu,apa pasal A pulak yang MESTI dapat? Ko jangan buat si B rendah diri la... Bagi la support sikit..Tak payah compare A dengan B walaupun semua maklum A lebih berketrampilan.

3. "Isk, aku makan garam lebih dulu dari kamu!" ...No!No! that's not cool at all! Budak2 muda pun berhak ada opinion dia sendiri.. Kalau ko rasa tak betul, cuba jelaskan elok2 jangan cepat rasa ko je betulllllll......

Ok, 3 je dulu pesanan untuk orang muda yang bakal tua. Lain kali la sambung. Macam malas. Hahaha

Wednesday, September 28, 2011

Maaf dari hati yang rabak

Every morning, I wake up with regret,revenge and 1001 negative feelings.
I try to be positive..pray that everything will be okay..
I still have God, family and friends who really care and concern about me
But.. it just..not work out for me..

Kepada kamu,
Jgn tunggu saya... ia sangat-sangat tak berbaloi
Saya tak tahu hala tuju saya..
Saya tak nak tambahkan rasa tak bahagia kamu..

Maaf.


Saya
Minta
Maaf

Wednesday, September 21, 2011

Pokcik Gatei!

Lagi sekali ko ceroboh 'personal space' aku. Aku akan bacakan ni untuk ko;

"Whoever, intending to insult the modesty of any women, utters any words, makes any sound or gesture or exhibit any object, intending that such word or sound shall be heard, or such gesture or object shall be seen by such woman, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to 5 years or with fine, or with both". -The Penal Code,Section 509
Sekali dengan sound recorder aku pasang.

Aku memang tak pandai macam ko..Pandai putar belit ayat English ko tu,pandai bisnes (la sangat!),pandai peras ugut aku, pandai memBODOHkan aku.

Tapi, aku tak selama-lamanya bodoh tau! I admit, aku dah masuk kategori dah terhantuk baru terngadah tapi aku bangkit walaupun aku kena merangkak-rangkak untuk survive.

Walau apa pun berlaku, aku TAK KAN JUAL MARUAH AKU! Ko bagi la cold ke hot ke suam2 kuku treatment pun. Ingat aku kisahh?????

Deyum la ko!

Aku tak hidup untuk duit.

Aku tak mati sebab duit.

Inna Solati wanusuki wamayahya wamamati LILLAHI RABBIL 'ALAMIN!

SESUNGGUHNYA MATI HIDUPKU KERANA ALLAH TAALA SEMATA-MATA!

Monday, September 12, 2011

Memang deyum!

Deyum!

Apahal pulak nak guess berat badan orang ni? Ni kira sexual harassment ke tak cik Jannah??

Tuesday, September 6, 2011

Pagi-pagi buat aku hangin

Hai blog!

Aku lambat masuk hari ni..mimpi best sgt.Hoho.. ok,abaikan mimpi.Face the reality!! Jeng jeng jeng! Pagi2 masuk dah cerita pasal confirmation bagai..aku sekali sekala terlajak datang padahal belum 830am pun sibuk cite pasal ketidaksempurnaan aku. Aihh... Seriously tak nak fikir negatif..Aku nak reverse turning to positive pun dah payah ni. Tak payahlah amik berat kat aku..Aku kadang-kadang rimas gak..aduh..

Pasal confirmation pun lagi irritating tau.. Tak payah la gebang lebih2..aku dah gtau boss aku nak quit.. Hopefully boss still ingat pesanan aku suh tutp mulut dulu. Eh, aku rasa kena pi ingatkan dia balik la.. Takut lupa lak pesanan aku semalam. Pesanan?? What pesanan u want to tell ur OWN BOSS?? Who the hell u r??

Haha...sukati aku la!! Lalalalalalala~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, September 5, 2011

Hai Blog!

Hai blog!

Isk, dah lama tak jenguk kau...aku tau aku selalu lupa nak update ko tapi aku selalu update perkembangan blog blogggers lain. Ya, aku tau aku dah 'blog-tirikan' ko.. tapi nak buat macam mana..aku prefer membaca daripada menulis..*sigh*. Dan..ya,aku rasa tulisan orang lain lagi best di baca dari aku punya..lalala.

Setiap kali aku stress ke gembira ke aku selalu je ingat kat ko..tapi tu la..aku bagitau ko pun macam takde guna je..sebab takde sapa respon..huahua..sadis! Okeh, alasan je tu..sebenarnya aku 'RAJIN' nak update (reverse psychology). Aku prefer Fb dari ko blog..tu la sebenarnya.jangan kecik hati sebab ko memang takde hati. Haha...kejam gile aku!

Ok la, actually aku PERLU update ko setiap hari tak pun once in a week sebab kebelakangan ni aku selalu lupa banyak benda..bila aku gtau ko,at least aku boleh baca dan ingatkan aku balik.. Ko tau, sampai satu ketika aku macam terlupa nama sendiri..bila orang tanya nama aku,aku macam.."eh,betul ke nama aku tu?"
See! Aku dah kritikal doh! Banyak benda aku tak boleh realisasikan kalau aku tak tulis.. Macam perbelanjaan aku; Awal bulan je aku tulis lama-lama bila aku macam tak leh ikut guide bajet aku,aku tak mo dah tulis sebab frust! tapi itu yang bahaya sebab bila nak review balik,tak boleh dah sebab LUPA! Duh,annoying betul perkataan L.U.P.A tu!

So, aku cuba lah lepas ni update ko untuk setiap perkara..aku cuba k!

First thing first aku nak resign..sebab aku tak nak hilang identiti diri&lupa tujuan hidup. Walaupun ramai macam tak setuju sebab dan selalu cakap "Susah weh dapat kerja sekarang. Yang ko nak quit pesal??" Bila aku gtau yang aku tak serasi, diorang tak puas hati sampai kadang2 gugat kepercayaan aku yang rezeki tu semua Allah yang bagi. Pernah dengar "ulat dalam batu pun boleh hidup"? Ha... tu la perbandingan nya.. Aku sungguh2 percaya pada tu tapi tak bermakna aku tak nak cari rezeki sendiri..aku cari je tapi lebih berhati2...Kerja dealing dengan client yang perlu aku langgar suruhan2 Tuhan ni aku nak tolak jauh2..

Aku tak kuat weh! Aku cepat gile goyah! So, aku nak selamatkan diri sebelum terlambat. MESTI!

Ok, next entry aku nak cerita pasal resignation. So that, misi aku lebih terarah.

Daa~~~~

Thursday, August 18, 2011

BW:Kahuna

Hai.

Kembali lagi.. wah,rajin betul menaip kan.. tak tak..aku tak makan gaji buta.. Aku memang takde keje..tu pasal cari keje. Orang lain pun tau aku takde keje dan aku pasti diorang takde pulak sangsi dengan kepura-puraan menaip buat kerja.Ok,dah banyak perkataan kerja..berbelit.

Dah penat menghadap blog orang..rasa nak buat revision hari-hari. Hari ni aku menelaah blog Kahuna. Suka blogger yang compare kehidupan Malaysia dengan negara luar. Ayat dia pun tak de la berterabur sangat. BM masih suci lagi walaupun tak skema sangat. Rasa macam dia tengah bersembang..

Ok, masuk list favourite:)

Wednesday, August 17, 2011

Buat facial tu!

Assalamualaikum! Salam kepada semua anak bangsa Malaysia&Earth!

Hari ni 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432hijrah. Perak,Selangor dan beberapa negeri lain cuti sempena Nuzul Quran. Aihh.... KL tak cuti,jadi Bursa Malaysia pun tak cuti makanya aku bekerja hari ni. Memang rasa macam *mute* ..Pagi-pagi bandar Ipoh ni lengang kot. Berhenti kat simpang empat, first 2minutes aku &Ikan je yang ada! Ni hari biasa sesibuk jalan takde orang memang boleh buat hati macam nak menyumpah. Ok2, kena behave..hari ni hari mulia.

So,untuk redeem hari kerja cuti ni,aku ikut kak H buat facial. FIRST TIME wohh!! Harga basic rm39 je... tapi disebabkan wajahku yang lembut mulus bermasalah ni,aku pun decide follow nasihat beautician tu buat Oxygen treatment.. cam tu la namanya..aku tak tau. Resit dia dah buang siap2..ish. Semalam dah bincang2 appoinment aku 1230-230pm. Kena betul2 2jam ni..lama2 kang payah la bg excuse kan..

Overall,treatment tadi ok la.. siap shoulder dengan hand massage lagi tau! Ikut harga yang ni ok dari housemate aku si N yang pi facial centre yang lain. Beautician tu pun sebelum start buat apa2,dia akan bagitau apa yang dia nak buat. Macam "Oxygen steam aa~" *dialek chinese skit* hehe

Aku rasa yakin nak pi centre ni sebab orang2nya cantik-cantik..hoho... haruslah kan.. Pepun as first timer,aku puas hati..jerawat aku dah pecah,whiteheads dah kurang,jadi ok la. Tapi potong 1 1/2 markah sebab buang/x bagi resit aku. Benda2 ni aku particular skit..cakap je la kedekut..:p

Ok, ni alamat facial centre tu

ULTIMATE SLIMMINGLINE SDN BHD
14,PERSIARAN GREENTOWN 6
GREENTOWN BUSINESS CENTRE
30450 IPOH,PERAK
EMAIL:slimmingline@yahoo.com

tempat ni offer body care,face care&breast care. tempat ni in case takde dalam google map, shop lot tu berdepan dengan Maxis centre Greentown.

Ok,daa... sambung keje.

Friday, July 22, 2011

Mati

Masa lapar-lapar begini
Tiba-tiba banyak pula perkara sedih yang difikirkan
Keseorangan di sini
Kehilangan perasaan
Kesepian tanpa kawan-kawan

1 perkara yang aku fikir nak buat
bunuh diri





Nampak macam senang
Bila aku dah tiada tak perlu lagi menyusahkan sesiapa
Tapi aku lah pula yang susah nak menghadap Tuhan
Puasa lepas pun tak habis ganti ada hati nak mati
Ya, banyak perkara tak selesai lagi dengan Tuhan
Rasa bersalah pada Tuhan & manusia sekeliling

Aku tak rasa dah seronok dengan kehidupan
Seolah-olah semua perkara nak menjauhkan dari aku


Dah la.. nonsense semua ni
Ni la akibat banyak sangat baca berita orang suicide.
haihh~~

Sunday, July 10, 2011

Ekspresi 10: Makan megi boleh buat otak jadi bangang

Tengahari : Megi

Petang : Megi

Tak heran lah otak aku agak bangang hari ni. Kalau syikin tahu, alamat membahan aku sampai pagi esok tulat. Sifat pemalas nak keluar dah datang memang diri sendiri tak boleh buat apa. Hmmmm......

Thursday, June 23, 2011

Ekspresi 9: Phone Interview & Hal politik

Clock-in: 810am

Boleh terjumpa pula boss yang baru sampai. Jadi, bila lift dah terbuka, aku pun join naik sekali. Maka, terjadilah satu perbualan;

Boss: HR will call you. They will do phone interview

Me: Owh.... is it today?

Boss: Don't know. They already pass the form to HR. Just wait. *smile*

Me: Owh..Ok. Thank you boss ^_^

Hehe... menunjukkan 1 step lagi untuk mencapai status sebagai pekerja dalam bank ke-2 terbesar di Malaysia. Sampai kat meja, aku terus catat possible soalan yang bakal ditanya. Aishhh... aku agak lemah dalam bab-bab temuduga melalui telefon ni. Tapi apa pun semuanya tak mustahil demi masa depan kan? Kekke..sedapkan hati je ni. :p

Ok. Done with that. Sekarang pun dah pukul 949 am.. Pagi-pagi lagi colleagues aku dah bincang pasal politik. Untuk makluman, department aku sekarang memang 1Malaysia la. Ada 1 Melayu, 1 Cina, 1 India & 1 Punjabi. So, bayangkan la betapa berbezanya pendapat kami bila bincang bab politik. Aku kadang-kadang je masuk dalam diskusi. Biasanya macam sekarang, aku sumbat telinga dengan earphone. Sonang eden!Hehe..

Aku rasa bersyukur 'dicampak' ke sini. Sekurang-kurangnya aku boleh bergaul dengan kaum lain. Sebelum ni dengan Melayu je aku kawan. Masuk SC, jumpa juga chinese..sekarang semua kaum aku jumpa. Dan aku juga tak payah pening menghadap kerenah Melayu yang suka bab dengki-mendengki, umpat-mengumpat dan cakap belakang ni. Ya, aku masih belum rasa lagi politik pejabat di sini. Hanya mendengar politik negara saje.

Ok.Peace.Out.

Tuesday, June 14, 2011

Ekspresi 8 : Binatang tunggangan

Encik/Puan/Tuan yang menunggang binatang kenderaan bergaya lagi beso gedabak,

Saya sebagai penunggang kuda yang laju lagi berwarna biru sedar anda bawak lembu kereta yang hebat, jadi tolonglah sedar diri dan bagilah signal sebelum membelok ye. Anda tahukah kalau tak bagi signal apa yang bakal terjadi?? Dua-dua boleh kiok tau tak?! Tau tak?! Aku sendol kang naya je.

Ish, bengang aku! Aku tak ada lesen pun tau bagi signal tau! Oopss.....jangan bagitau JPJ~ Hahaha

No pendaftaran luar tak boleh isi RON95

Pakcik,

 Tak payah lah buat muka gangster suh aku belah cepat-cepat. Aku yang isi minyak dulu, bagi lah aku settle dulu kan? Ce sabo ce sabo!

p/s: memang takde kena mengena dengan tajuk tapi betul la kalau orang yang ada MyKad tapi no plat kereta no asing, tak boleh dah isi Ron95 & gas asli~

Sunday, June 12, 2011

Bufet Pelabur Bijak | ::Pengetahuan asas untuk pelabur::|


" Woww!! Yummmy! banyaknya makanan! Nak itu!Nak ini! Eh, yang hujung tu pun sedap jugak! Ambil semua lah macam ni..rugi makan sikit padahal bayar mahal gile!" Ha! Ni mesti antara dialog yang bergema-gema dalam kepala kalau makanan dihidangkan secara bufet kan? Tapi tu la..kita ni kena beragak jangan membazir. Kesian makanan tu kalau tak habis T___T. Bila makan bufet ni pun kita amik kira soal kewangan gak kan? Sebab biasanya bayar muraaaaaaaahhhhh tapi makan boleh baaaaaanyyyyaaaaaakkkkk! Camtu lah gak bab2 pelaburan ni.. nak modal ciputttt tapi pulangan mestilah besarrrrrr ye dak? Sebelum nak melabur tu, kita kena lah timbang tara apa kah menu-menu yang dihidangkan dalam pelaburan. Meh usha-usha!~

A. Appetizer or Dessert ? 



Ada macam-macam jenis produk pelaburan kat pasaran modal Malaysia ni. Antaranya ialah:

i. Saham/Ekuiti
ii. Unit amanah
iii. Bon
iv. Waran (bukan waran tangkap.....)
v. Derivatif

Selain di atas, ada juga yang tak berkaitan dengan pasaran modal macam savings,hartanah,insuran&barangan koleksi berharga (emas,silver etc.) Jadi, sebelum nak melabur, kita,anda dan kalian semua mestilah faham produk pelaburan tersebut dan pastikan ia nya sesuai dengan tujuan dan kewangan yang ada.


B. Ikut selera makan 

Nak makan banyak ke makan sikit ke..makan pelik-pelik jarang jumpa ke makan nasi macam biasa ke..tu semua terpulang pada korang. Yang penting,habiskan makanan ye! Membazir kan amalan syaitaaaannnirrajim~

Ini budak memang sangat berselera!


Sama lah juga dengan hal pelaburan. Korang sebagai pelabur atau bakal pelabur yang bijaksana mesti pilih pelaburan yang bukan setakat ikut matlamat dan jumlah modal tapi kena tahu gak tahap risiko yang boleh diambil. Takut-takut ada masalah jantung tapi pi melabur kat produk berisiko tinggi, kan dah susah!
hamik!


Kena tahu takat mana risiko yang diambil sama ada agresif,sederhana ataupun konservatif. Bak kata pepatah; Ukurlah Baju di Badan Sendiri~


C. Jalan-jalan cari makan di mana?

Bufet makanan yang ditawarkan setiap hotel/restoran adalah berlainan sama hal juga dengan produk pelaburan. Mesti kita fikir kan menu apa nak makan, dekat atau jauh dan pelbagai faktor lain. Sama juga dengan dilema yang dihadapi bila nak pilih produk pelaburan yang sesuai. Tentunya selera,menu dan 'kesedapan' unit amanah lain dengan saham. So,please choose wisely ^^

Ok, setakat ni sahaja sesi mari makan bersama Hotel Pelaburan Bijak bersama host anda Incik Noname!! Hohoho~~

NOTED: Artikel ubahsuai daripada Bufet Pelabur Bijak terbitan SIDC Malaysia

p/s: lapo la bila cakap pasal makan..huhu =.=

Wednesday, May 25, 2011

Ekspresi 7: Sesi BerTemu& Menduga~

Ok,straight to the point; Semalam (24/5/2011) pergi 2 interview bersama 2 institut perbankan - Maybank Group & OSK Investment Bank. Untuk Maybank, interview untuk Maybank Apprentice Program. Sebenarnya, aku apply untuk Maybank EY ACCA Program di mana aku boleh kerja sambil belajar ACCA yang ditaja oleh Maybank. Tapi sampai sana, aku ditukarkan program..Malas pulak nak cerita kenapa..haha.

Kat Maybank ni jumpa lak Farhan a.k.a Abang Long,kawan dari Matrik sampai ke UIA. Aku tau dah dia akan datang gak sebab email tu ada nama dia sekali. Ok, lepas tu sampai isi form semua, kami dipanggil untuk menduduki English test yang ada 100 soalan dalam masa sejam! Fuh,peluh besar menjelma! Yang ini kebanyakan soalan kita kena dengar perbualan dan interpret apa yang mereka bualkan. Masa ni kena pakai earphone dan jawab dalam laptop yang disediakan. Lepas sejam camtu instructor tu bagi masa tambahan 15minit sebab rata-rata tak siap lagi kot. Lepas tu, kami tunggu result daripada instructor.. Dia panggil seorang demi seorang..gabra la jugak kan..huhu.

Bila turn aku, comes out aku kena tukar program sebab CGPA tak cukup (tu la!lain kali belajar betul-betul tau!) dan Alhamdulillah, lulus untuk English Test. Markah lulus nya ialah 80% ke atas..kita kena lulus English Test ni untuk proceed kepada Cubiks Online test pulak. Yang ni lagi mencabar.. 70+ soalan dalam masa 45minit. Part 1 macam soalan pemahaman English la.. tapi tricky sikit..aku tak sempat habis jawab..huhu. Part 2 pulak calculation. You can expect statistics & ratio questions for this part. Aiyaaa....lagi la pening kan.. 25 minit untuk 28 soalan! Ok2,nampak macam 'ek eleh....tu pun takleh nak buat ke??'.
Fine.....aku bukan genius T______T. So the result?? Tak tau..tunggu la dia bagitau nanti. End for Maybank story.

Selepas Maybank, aku gerak pulak ke Ampang Park untuk ke OSK HQ.. makan jap kat MCD walaupun tak dapat nak makan ayam..huhu..kempunan..Kat OSK pulak macam2 Haiyaa...nyesal sikit. sikit je la.. tapi last2 tu baru ok..

Semoga sesi bertemu dan menduga untuk kedua2nya akan sukses.. Insya Allah~

Tuesday, May 10, 2011

Ekspresi 6: Diam pun penat?

Pagi-pagi dah rasa tak bermaya... alahai... pe.. shttt!! Tak boleh merungut! Time pose tak boleh merungut tau!! Adeh...hoho..lupa pulak (garu kepala yang takde kutu ^_^). Hari ni plan nak puasa ganti since kak Haiza,my housemate menyeru untuk segeralah kita bayar hutang supaya tak kena interest (fidyah) nanti..huhu. Baiklah akak (angguk2 tanda budak baik) =D

Sebelum start kerja tadi dalam pukul 810am macam tu, bergegaslah daku ke Maybank utk bayar bil. Konon2 nak tunjuk pro lah kan bayar kat ATM. Sekali...tak.. 3 kali aku try tak boleh wooohhh!! Haiyaa.. ini manyak complicated maa... Jangan lah permainkan aku yang blur bab2 elektronik ni. Dahlah pakai tag bank kan, orang pulak berderet tunggu kat belakang.. Malu weh! Kemudian, kembali la semula ke office dengan hampanya T___T

Office pula hari ni senyap je... aku pun senyap jeeeee..... Pukul 10am, seperti biasa kena mendaki naik tangga hantar cek kat remisiers&dealers..aiyaa...talak larat naik tangga, naik lif la hari ni. hehehe. Serupa ini macam tau rupa tak larat tu







Sekarang ni berkira2 nak ke bank...Agro Bank tapi macam malas la pulak..aiyaaaa......... macam mana?? Hahahaha... kalo tak nak bayo, black out la! Aaaa!!!Taknak!!








Haaaaa................... kan dah.................pffffff...... ok, kita bergerak sekarang demi masa depan yang CERAH! Yoshh!

Friday, April 29, 2011

Doa dan Harapan

Tersedar.. dah lama tinggalkan doa untuk jodoh.. Rasanya sejak keluar dari UIA.. Maksudnya sejak aku mula berputus harap pada org berkenaan.. Apakah?? Sedar tak sedar perkara ini berlaku..  Betul ke sudah tak mahu berdoa?

Sunday, February 13, 2011

Ekspresi 5: Kedegilan & emosi itu langsung tak bermakna sahabat

 Semalam kita gembira bak patung di kereta yang terjoget-joget tika mendengar lagu
berjoget-joget kalau dengar Bonamana-Super Junior

 Tetapi hari ini seakan hati kita dah lari ke mana.. penuh dengan dendam, prasangka buruk. Sungguh, tak sangka begitu sekali kau menyimpan amarahmu. Apa sahaja yang kau mahu? Kita berdua selamanya berkepit ke mana-mana? Itu tak mungkin sahabat kerana dari dahulu kita tahu yang laluan kita berlainan.



Ya, aku memang berubah. Kau juga berubah. Kita tak akan dapat lari daripada perubahan itu, sayang!Apa yang kau tidak tahu mengenai diriku? Aku masih begini namun tuntutan pelajaran dan komitmen ku berlainan dari mu. Mana mungkin sama apabila destinasi kita berbeza?  Laluan ke utara dan pantai timur juga berbeza.. Sayang, bukan aku sengaja menolak pelawaanmu, tapi rancanganku berlainan. Ya, aku juga salah kerana lambat membuat keputusan tetapi tidak kah kau mengerti aku sudah penat berfikir seharian..diterjah pula dengan soalanmu yang pelbagai..nada suara mu juga berlainan. Tiada langsung aura kemesraan... Kau fikir, aku tidak dapat mengesankah?

Kau sering membandingkan aku dengan yang lain.. Kau fikir aku tidak terasa? Kau tahu, kita berdua sama-sama tidak sensitif.. Tetapi tidak kah boleh berlapang dada dengan perbezaan kita? Tidak kah kau boleh berfikiran positif?

Andainya perpisahan yang kau pinta, YA.. aku terima seadanya. Sungguh, aku tak mampu tangani semuanya..penuhkan segala kemahuan mu.. Terpulang lah kepada mu mana mahu dibawa amarah mu.. aku terasa penat.....~~

Tuesday, January 18, 2011

Ekspresi 4: Entertainment Biz is Serious Biz, Man!

Suka tengok rancangan,cerita dan lagu-lagu Korea. Ok, bukan semua..yang agak best dan bermanfaat je tengok. Baru habis tengok program "Enjoy Today" (ET) yang salah sorang host Lee Teuk Super Junior. Aku tengok yang tetamu jemputan SNSD. Heh.. semua pasal SNSD aku nak suka (Jelir lidah pada diri sendiri). Theme episod tu Track& Field.

Artis-artis yang join tu boleh tahan gak. Stamina tinggi tu..memanah boleh, lari laju. Wahh! Bila terbayang artis2 Malaysia, ada ragu-ragu di hati..mampu ke diorang macam tu ye? Aku rasa kat Korea, entertainment business or program bukan main-main.They really treat is as a serious business! Yelah kan.. artis-artis diorang before debut training 3-4 tahun. Macam SNSD la.. Kebanyakan member join agensi SMentertainment tu dalam umur 12 tahun lebih kurang. So, debut umur 17 tahun. 5 tahun tu prepare nak jadi artis!

Compare dengan Malaysia, kebanyakannya produce daripada program pertandingan menyanyi yang paling lama pun 2bulan macam tu. Tu sebab bila keluar pun tak boleh nak tahan lama. Cepat sangat mengalah. Ok, tu part training. Macam mana pulak bab layanan pada peminat?

Selalu aku tengok artis Korea time nyanyi pun boleh senyum2. Tak kisah lah kalau anggap diorang saje buat comel ke apa ke tapi yang penting, kan dah terhibur hati tu. Nama pun hiburan.. Korang tak suka? Aku suka...hehe. Lepas tu kalau menang award, peminat dulu disebut,sebab diorang undi. Tapi kan..kalau tengok anugerah walaupun anugerah Bintang Popular, ada je artis yang lupa nak terima kasih kat peminat. Yelah...nak cepat sangat kan..

Bukan obsesi sangat pun kat Korea tu tapi aku tengok ada ke'serius' an di situ untuk menjaga 'periuk nasi' mereka. Artis Malaysia or orang2 hiburan Malaysia bukannya nak cakap diorang tak serius..tau serius sebab selalu cakap bidang hiburan tu je la tempat rezeki diorang. Namun, cara pakaian, layanan pada wartawan&peminat tak kena. Bila ditegur, kata pakaian tu style diorang..tak kacau orang pun..macam2lah. Artis korea seksi gak tapi lepas perform, diorang cover. Tu yg aku respect la.. sama2 orang Timur kan.. Kalau korea boleh, kenapa Malaysian tak boleh? Ni gambar pakai bikini keluar FB nak bising..padahal time pakai bikini depan orang tak pulak nak malu. What the he la.......

sopan.comel.sedap mata pandang.


Lagi satu, program kat Korea banyak gunakan idol yang famous untuk promote program yang bercirikan kebudayaan, kepandaian & tourism. Hiburan tu ada tapi cerdik tu pun ada gak. Tengok je Family Outing, Star Bell (yeke? lupa pulak..huhu), Running Man dan sewaktu dengannya. Kita ada apa? nyanyi nyanyi nyanyi. takpun talk show talk talk talk gossip gossip.. Jarang lah yang menonjolkan kepandaian ni ada. *sighhh*

Family Outing Season 1.

Suka Gary. *Seum Dwa*!!   


Eh, dah lah sembang pasal hiburan..terasa lagho lak. Haha. Anyway, tengok hiburan ni kita amik la yang elok, buang yang tak elok, ok?!

Pesanan Farah Fauzana: "Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi!"

kan kak Farah kan??

Ekspresi 3: Tiramisu; Kek & Bunga


Yayyy!! In love with this song and this story of course. Malangnya TV di rumah sangat gelap lah.. spoil sikit. Tak payah nak cerita sinopsis kot. Sebab rasanya ramai tahu . Aku suka watak Amani,Pierre Andre dan Zain Ruffedge! Zain sangat lawak.. semua kerja dia boleh buat. Baiki paip,cat rumah,baiki kereta dan apa2 saja la..u just name it!

Tapi kadang-kadang skip juga tengok. =) Owh, cerita ni membuatkan teringin nak rasa Kek Tiramisu. Hmmm..... Bila lah kan.

Thursday, January 6, 2011

Ekspresi 2: Berseorangan Tak Semestinya Bermasalah

Ahad lepas, berkunjung ke tempat perkelahan untuk perjumpaan kembali (Gathering or reunion?). Hadir dengan hati yang riang kerana mahu bertemu dengan seorang kawan a.k.a kawan a.k.a bekas teman sebilik. Semangat bangun awal pagi, bungkus coklat lebih abang kahwin dalam bekas cantik-cantik letak pula dalam beg kertas yang lawa juga.

Pakai pula yang bajet nampak graduan. Haha. Sengaja menyedapkan hati kerana seorang kawan baik tiba-tiba tak datang..maka memang mengharapkan kawan a.k.a kakak tu sahaja la. Pergi berhantar dengan kereta oleh kakak kandung. Wah! Ingatkan perjalanan nya sebentar cuma tetapi ambil masa 1 jam 30 minit! Dalam hati mengharapkan semuanya berbaloi-baloi.

Sampai sahaja mata cepat-cepat melilau sesiapa yang ku kenali di situ..Yalah, tempat itu boleh pula 'no network coverage'. Call/message memang tak lepas macam ni. Mujur saja terjumpa kawan-kawan lelaki yang dikenali lalu terus mengikuti tenaga pengajar yang ada sekali di situ ke tempat BBQ. Tapi setelah tersengih-sengih pada semua orang baru aku perasan.. kawan a.k.a kakak takde!

Aku: Kak ****** mana?
Kawan: Dia tak ikut. Kata ada hal.
Aku: Ha????

Down~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Keadaan sama macam ni. Rasa nak tidur sbb 'down' sangat.. [sumber]



Selepas itu aku memang banyak berseorangan.. Bukan,bukan ada masalah dengan sesiapa. Cuma.. kami memang begitu.. Perempuan sangat complicated kan? Yang tiada masalah pun nampak macam bermasalah. Dari dulu kami yang perempuan2 memang tak berapa nak 'clique'.

Overall, memang rasa sedikit menyesal sebab 3 perkara:

1. Aku datang & 'bersuka' tanpa kawan-kawan rapat.

2. Terperanjat menyaksikan adegan yang tak sepatutnya.

3. Topeng kepura-puraan semakin terbuka luas. Maka, aku juga dapat melihat sisi 'tak ikhlas' mereka.

Sekian.

Nota :: Sisi hipokrit manusia itu akan terserlah di kala kau sudah bosan mempamerkan kebaikan yang tersisa dalam diri ::

Dapatkan tshirt ini! Hahahaha. [sumber]