Wednesday, September 12, 2012

Adab Makan

Melayu bab bab beradab ni memang superb! Tapi yang tak berapa bagusnya ialah ajak makan bila kau memang takde niat nak ajak orang tu makan!

Contoh situasi:

A nak makan makanan yang sedap dan berbau semerbak di hadapan B yang sedang kelaparan.

A: B, makan!

B: (hmm.. Cukup2 utk sorang je pun)Ha, makanlah! :)

A: ok! Ngup... Ngap..ngup..ngap.. (makan tak tutup mulut berbunyi)

B : ........... (lapar)........

Sangat tak beradab ok makan depan orang lepas tu makan berbunyi pulak tu!!

Seriously, aku sebagai B memang akan sakit telinga sebab perut lapar! Diajak2 ayam pulak tu! Marilah tidur dengan hati yang bengkak! Semoga si A dapat balasan yang sewajarnya.

Wednesday, September 5, 2012

Leka= Buang masa

Dalam kita menjalani kehidupan seharian, ada masa kita akan leka.. Kadang leka dengan perkara semasa, perkara lepas, benda yang kita buat, lagi teruk leka dengan termenung kosong!

Akibat dari leka itu, kita akan lupa sesetengah perkara. Macam aku, akibat leka dengan macam-macam hal sepanjang bulan Ramadhan lepas, aku lupa sampai mana hafazan! Sekarang kena merangkak balik cari hujung 'ekor kuda' yang terlepas..........

Allahu.... Payah hafazan tak bersungguh ni... Sekali kau buat tak tahu, susah yang amat nak dapat balik! Ya Allah, permudahkanlah... Permudahkanlah,..... Permudahkanlah.......

Thursday, August 9, 2012

Heart clinching

Assalamualaikum!

Lama tak bersiaran kat sini.. Sibuk meroyan kat fb dan menggedik kat instagram je.

Kalau sebelum ni masih mampu kira hari tapi sekarang tak mampu kira manual dah kena guna jam kt hp ni. Cepat gila tiba2 org tu nk hidup berdua. Dan aku... Jadi satu sepenuh masa............

Walaupun orang cakap even dah berdua pun still blh hang out, aku tak percaya... Sebab susah untuk benda tu terjadi....1 in a million kot.... Belum apa2 lagi, terus dah cakap tak boleh. Haihhh..... Girls are girls.... Meant not doing as per say. Complicated! Gitu tajuk status fb nyeeee.... punnnn...

Aku paham kenapa yg single mingle ni pun tetiba sibuk nak berdua dua bila tgk kawan dia berdua ni.. Bukan desperate nak ada bf tapi sebab tak nak fikir dah sunyiiiii nyee la hidup tanpa bff dalam hidup lagi.

Iolls dah mula rasa tekanan nya uolls!!

Serious!

Friday, July 13, 2012

Mari hilangkan sifat pelupa!

Taktau sejak bila aku jadi pelupa... Tapi sampai hari ni tak kurang 10 kali tertinggal kunci motor kat motor. Ada sekali hilang... Mujur ada yg jumpa then bagi pada pakcik guard.

Gigih mencari sampai malam.. Boss pun dah risau.... Huhuhu. Teruk kann?

Pagi ni abg IT dtg dan bagi kunci sambil cakap "renew roadtax!"








SENTAP!

Dah la cakap tak pandang aku kan.. Aku pun terus lupa cakap terima kasih.... Haih.... Dah 2 bulan expired.. Kedai motor taknak renew....

Oleh itu, harus start hafazan Alquran untuk tajamkan ingatan!

Thursday, May 31, 2012

Somewhere

Calling my heart ,my happiness which stuck somewhere...... at someone whom i call a CRUSH.







Hope to find both soon......


Hey you! You know,you are not so great so pls let me take mine back!

Tuesday, May 29, 2012

Gabra

Aku kan dah byk kali kena marah since keje tapi tetaplah sampai sekarang cepat gelabah! Perasaan lps kena marah tu mcm susah nk hilang. Padahal rilek je la kan since dah tu nature nya. Haihh................

Friday, January 27, 2012

takut

Aku ada kelemahan

takut nak tahu siapa dan berapa ramai tak suka aku.

Aku tahu ada yang tak suka dan boleh agak kenapa tapi aku tak nak tau kebenarannya.

Tak nak pastikan either dia natural or benci.

So, lebih prefer tengok gerak laku je. Kalau dulu boleh sembang tapi sekarang dah tak, so aku faham-faham je. takut nak tahu kenapa.

takut tu macam jantung ni boleh mengecil, berdegup laju dan peluh cepat-cepat mengalir dengan deras.

Aku bukan orang yang nice but sometimes I know I'm trying too hard to be the one. Hence, maybe I annoyed others.

Jadi, perlu ke aku jadi jahat macam dulu? Lagi ramai kot tak suka.. aku rimas baik sangat tapi menyampah kalau jahat sangat sebab jahat tu boleh menyebabkan aku terfikir banyak hari impak dan rasa kasihan pada orang.

Macam aku tak contact dah dengan orang-orang yang baik dan rapat dengan aku dulu, aku fikir hari-hari kot nak contact tapi aku tak tau nak mula macam mana. takut kalau diorang pun macam dah tak suka aku. takut kena marah.

Rasa teruk sangat. Sebab tu aku rasa aku ni satu hari nanti pasti akan rebel gile-gile. Untuk elakkan aku drastik jadi rebel, aku try release sikit-sikit.

Salah satunya, GITAR.

Aku harap aku boleh lepaskan sesuatu dengan tahu main benda alah tu.

Oh, aku tak pernah belajar yang gitar tu haram. Dengar je pernah. Aku memang tak pernah apply benda yang aku dapat dari dengar je.

Monday, January 9, 2012

Nak Siwon versi Ikhwah!

Semalam buat pertama kali sejak keluar dari UIAM, aku pergi Family-Bahagia untuk bertemu 'ibu' dan 'adik-beradik' baru. Ya, seperti yang diketahui, FB untuk perempuan hanya ada ibu dan sisters je manakala lelaki pula ada ayah dan brothers je. Dan.. ya, Family-Bahagia tu ialah Usrah. Haha. Saje create perkataan baru supaya bertambah semangat! (..eleh..tiru inche gabbana la tu! Ehem..untuk kebaikan takpe kan inche? ;) ).

 Kali ni, dapat 2 kembar-sebaya! Yeayy! Boleh la akal dan naluri budak 23 tahun ni berfungsi dengan baik setelah sekian lama confuse dengan umur sebenar.. Alhamdulillah. Ibu dan sisters semua baik-baik dan sempoi..macam biasalah..FB aku jarang ada yang skema..Hehhe. Ibu pun ada buat pengumuman yang kitorang ni dah naik level Muayyib (eh,betul ke? tak tau eja la..) maksudnya dah kena turun ke medan dan betul-betul komited. Tak boleh dah sikit-sikit nak merajuk,malas dan aci lepas tangan. Fuh, meremang bulu roma! Besar weh tanggungjawab sekarang. Ibu pulak nampak tegas bab-bab macam ni kan~

Tapi, yang tak best nya bila Ibu tanya "Ada sesiapa nak kahwin ke? Jangan segan-segan beritahu. Bagi je borang kat akak..nanti akak pass kat AJK Baitul Muslim".

Blerrghhhhh.......topik yang aku paling tak suka! kahwin takpe..aku suka bab rancang nak kahwin. Tapi bukan rancang nak 'Baitul Muslim' dalam erti kata padanan brother-sister. Okeh, macam teruk je kan pemikiran aku. Tapi, aku belajar dari pengalaman weh. Aku semacam serik dengan benda-benda ni. Yang membuatkan aku berazam supaya tak mengisi borang tu..lagi. ya, aku pernah isi..tu pun sebab KENA isi.

Ceritanya macam ni.. perjumpaan beramai-ramai sebelum aku grad, telah MEWAJIBKAN kitorang untuk isi setelah perbincangan "Ciri-Ciri Suami Idaman Kalbu Hatiku". Masa perbincangan tu, aku kagum gile dengan kakak-kakak dan adik-adik ni. Semua macam tak kisah paras rupa asalkan 'si dia' baik, beriman dan harus pandai membimbing (okeh..ni ciri umum brothers ya) jadi pendek kata, asalkan brothers. Yang kakak-kakak dah kahwin ni banyak kali cakap, "Be realistic,sis!" Ye la kan, kalau dah namanya brothers, memang la dia tu harus baik as a Muslim dan Mukmin. Jadi, sisters ni kena fikir betul-betul apa ciri-ciri khas lain yang boleh diorang terima pada bakal partner sehidup semati tu.

As a senior yang dah nak grad dan juga realistik, aku pun kena lah isi borang.. Dan pada ruangan ciri-ciri yang dikehendaki tu, kalau tak silap, aku tulis 1 ciri je iaitu.. "Tinggi lebih 170 cm!" Haha..realistik tak? kata diorang semua baik kan.. Aku bukan apa.. adik-beradik lelaki kandung aku average ketinggian lebih dari 170cm. Zaid dah baligh nanti pun sure tinggi area tu juga. So,aku tak nak la partner aku rendah diri.. tapi macam biasa la, apa aku expect? Of course aku takkan dapat dicalonkan..tulis pun macam main-main. BerFB kat UIA pun tenggelam timbul. Aishhh....

Jadinya isu ni aku pun dah lama lupa. Tapi baru-baru ni isu ni hangat balik dalam pale otak ni sebabnya kawan aku cerita yang sebenarnya kebanyakan brothers ni antara ciri yang diorang minta ialah.. "rendah dan comel /petite dan cute!" Fuhhh.........fullamak! Yang sisters ni punya la kan tak kisah nya tapi brothers????

Wah,korang!! Baaekk punyaaaa!!

Aku takde la marah apa pun tapi tak puas hati macam mana sisters ni boleh bersederhana sangat. Janganlah, korang ingat brothers ni malaikat..baik serba serbi takde nafsu. Ingat tak cerita seorang brother ni yang mengadu kat 'Ayah' dia yang dia teringin nak kahwin dan dah hantar borang tapi tak pernah pun dia tercalon untuk menaiki takhta Baitul Muslim. Lepas Ayah dia cek, rupa-rupanya ciri-ciri diminta terlampau perfect! Nak yang putih mulus, berlesung pipit, ramping, manja,solehah dan macam-macam lagi. Miss World pun belum tentu dapat penuhi permintaan dia. Ye la kan, dah nama Miss World.. ada ke yang bertutup litup?

Jadinya, tak salah lah sisters pun tulis nak hensem, tinggi, berbau wangi, badan sasa macam bodyguard atau versi pendek nya "Aaron Aziz / Siwon versi brothers!" Hahaha..baru power!

Kira fair and square la.. dua-dua pihak berterus terang tanpa was-was. Dapat tak dapat belakang kira sebab kita semua kan yakin yang Allah dah tetapkan jodoh masing-masing.. Sama ada partner tu penuhi atau tak ciri-ciri tu, kalau dah nama jodoh, tak kemana juga. Betul kan?

Tuesday, January 3, 2012

Baru nak sedar!

Hahahahahahahahahahahahahahaha.......................................................................

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.....................................................................

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................................................

Hahaha...

Okeh, macam gila pulak gelak tak berenti

Aku tahu dah kenapa aku dah jarang menulis pasal diri sendiri selalu

sebabnya, aku ni memalukan! Hahaha...

Aku suka kot membebel sorang2 dalam hati..dulu selalu sangat tulis cerpen, diari..
Lepas tu lupa letak mana sampai diari terakhir aku tu satu sekolah baca! pasal tertinggal kat ko-op! Gila kan?? memang gila. Saja cari nahas!

Tadi pulak baca emel lepas lepas.. emel dengan kawan2..haihhhhh...dulu kan takde FB.. Frenster pulak tak fun nak buat luahan perasaan.. emel la jawabnya~

Serius aku ni ntah apa-apa! Tulisan sangat memalukan! Tak sangka aku dulu jiwang ang ang punya!

Hahaha...kalau diri yang dulu wujud depan aku, aku nak lempang sambil gelak kuat kuat! Eh, apa yang ko tulis tu memalukan tau tak?! Hahaha