Wednesday, May 25, 2011

Ekspresi 7: Sesi BerTemu& Menduga~

Ok,straight to the point; Semalam (24/5/2011) pergi 2 interview bersama 2 institut perbankan - Maybank Group & OSK Investment Bank. Untuk Maybank, interview untuk Maybank Apprentice Program. Sebenarnya, aku apply untuk Maybank EY ACCA Program di mana aku boleh kerja sambil belajar ACCA yang ditaja oleh Maybank. Tapi sampai sana, aku ditukarkan program..Malas pulak nak cerita kenapa..haha.

Kat Maybank ni jumpa lak Farhan a.k.a Abang Long,kawan dari Matrik sampai ke UIA. Aku tau dah dia akan datang gak sebab email tu ada nama dia sekali. Ok, lepas tu sampai isi form semua, kami dipanggil untuk menduduki English test yang ada 100 soalan dalam masa sejam! Fuh,peluh besar menjelma! Yang ini kebanyakan soalan kita kena dengar perbualan dan interpret apa yang mereka bualkan. Masa ni kena pakai earphone dan jawab dalam laptop yang disediakan. Lepas sejam camtu instructor tu bagi masa tambahan 15minit sebab rata-rata tak siap lagi kot. Lepas tu, kami tunggu result daripada instructor.. Dia panggil seorang demi seorang..gabra la jugak kan..huhu.

Bila turn aku, comes out aku kena tukar program sebab CGPA tak cukup (tu la!lain kali belajar betul-betul tau!) dan Alhamdulillah, lulus untuk English Test. Markah lulus nya ialah 80% ke atas..kita kena lulus English Test ni untuk proceed kepada Cubiks Online test pulak. Yang ni lagi mencabar.. 70+ soalan dalam masa 45minit. Part 1 macam soalan pemahaman English la.. tapi tricky sikit..aku tak sempat habis jawab..huhu. Part 2 pulak calculation. You can expect statistics & ratio questions for this part. Aiyaaa....lagi la pening kan.. 25 minit untuk 28 soalan! Ok2,nampak macam 'ek eleh....tu pun takleh nak buat ke??'.
Fine.....aku bukan genius T______T. So the result?? Tak tau..tunggu la dia bagitau nanti. End for Maybank story.

Selepas Maybank, aku gerak pulak ke Ampang Park untuk ke OSK HQ.. makan jap kat MCD walaupun tak dapat nak makan ayam..huhu..kempunan..Kat OSK pulak macam2 Haiyaa...nyesal sikit. sikit je la.. tapi last2 tu baru ok..

Semoga sesi bertemu dan menduga untuk kedua2nya akan sukses.. Insya Allah~

Tuesday, May 10, 2011

Ekspresi 6: Diam pun penat?

Pagi-pagi dah rasa tak bermaya... alahai... pe.. shttt!! Tak boleh merungut! Time pose tak boleh merungut tau!! Adeh...hoho..lupa pulak (garu kepala yang takde kutu ^_^). Hari ni plan nak puasa ganti since kak Haiza,my housemate menyeru untuk segeralah kita bayar hutang supaya tak kena interest (fidyah) nanti..huhu. Baiklah akak (angguk2 tanda budak baik) =D

Sebelum start kerja tadi dalam pukul 810am macam tu, bergegaslah daku ke Maybank utk bayar bil. Konon2 nak tunjuk pro lah kan bayar kat ATM. Sekali...tak.. 3 kali aku try tak boleh wooohhh!! Haiyaa.. ini manyak complicated maa... Jangan lah permainkan aku yang blur bab2 elektronik ni. Dahlah pakai tag bank kan, orang pulak berderet tunggu kat belakang.. Malu weh! Kemudian, kembali la semula ke office dengan hampanya T___T

Office pula hari ni senyap je... aku pun senyap jeeeee..... Pukul 10am, seperti biasa kena mendaki naik tangga hantar cek kat remisiers&dealers..aiyaa...talak larat naik tangga, naik lif la hari ni. hehehe. Serupa ini macam tau rupa tak larat tu







Sekarang ni berkira2 nak ke bank...Agro Bank tapi macam malas la pulak..aiyaaaa......... macam mana?? Hahahaha... kalo tak nak bayo, black out la! Aaaa!!!Taknak!!








Haaaaa................... kan dah.................pffffff...... ok, kita bergerak sekarang demi masa depan yang CERAH! Yoshh!