Pakai pula yang bajet nampak graduan. Haha. Sengaja menyedapkan hati kerana seorang kawan baik tiba-tiba tak datang..maka memang mengharapkan kawan a.k.a kakak tu sahaja la. Pergi berhantar dengan kereta oleh kakak kandung. Wah! Ingatkan perjalanan nya sebentar cuma tetapi ambil masa 1 jam 30 minit! Dalam hati mengharapkan semuanya berbaloi-baloi.
Sampai sahaja mata cepat-cepat melilau sesiapa yang ku kenali di situ..Yalah, tempat itu boleh pula 'no network coverage'. Call/message memang tak lepas macam ni. Mujur saja terjumpa kawan-kawan lelaki yang dikenali lalu terus mengikuti tenaga pengajar yang ada sekali di situ ke tempat BBQ. Tapi setelah tersengih-sengih pada semua orang baru aku perasan.. kawan a.k.a kakak takde!
Aku: Kak ****** mana?
Kawan: Dia tak ikut. Kata ada hal.
Aku: Ha????
![]() | |||
Keadaan sama macam ni. Rasa nak tidur sbb 'down' sangat.. [sumber] |
Selepas itu aku memang banyak berseorangan.. Bukan,bukan ada masalah dengan sesiapa. Cuma.. kami memang begitu.. Perempuan sangat complicated kan? Yang tiada masalah pun nampak macam bermasalah. Dari dulu kami yang perempuan2 memang tak berapa nak 'clique'.
Overall, memang rasa sedikit menyesal sebab 3 perkara:
1. Aku datang & 'bersuka' tanpa kawan-kawan rapat.
2. Terperanjat menyaksikan adegan yang tak sepatutnya.
3. Topeng kepura-puraan semakin terbuka luas. Maka, aku juga dapat melihat sisi 'tak ikhlas' mereka.
Sekian.
Nota :: Sisi hipokrit manusia itu akan terserlah di kala kau sudah bosan mempamerkan kebaikan yang tersisa dalam diri ::
![]() |
Dapatkan tshirt ini! Hahahaha. [sumber] |
No comments:
Post a Comment