Wednesday, May 25, 2011

Ekspresi 7: Sesi BerTemu& Menduga~

Ok,straight to the point; Semalam (24/5/2011) pergi 2 interview bersama 2 institut perbankan - Maybank Group & OSK Investment Bank. Untuk Maybank, interview untuk Maybank Apprentice Program. Sebenarnya, aku apply untuk Maybank EY ACCA Program di mana aku boleh kerja sambil belajar ACCA yang ditaja oleh Maybank. Tapi sampai sana, aku ditukarkan program..Malas pulak nak cerita kenapa..haha.

Kat Maybank ni jumpa lak Farhan a.k.a Abang Long,kawan dari Matrik sampai ke UIA. Aku tau dah dia akan datang gak sebab email tu ada nama dia sekali. Ok, lepas tu sampai isi form semua, kami dipanggil untuk menduduki English test yang ada 100 soalan dalam masa sejam! Fuh,peluh besar menjelma! Yang ini kebanyakan soalan kita kena dengar perbualan dan interpret apa yang mereka bualkan. Masa ni kena pakai earphone dan jawab dalam laptop yang disediakan. Lepas sejam camtu instructor tu bagi masa tambahan 15minit sebab rata-rata tak siap lagi kot. Lepas tu, kami tunggu result daripada instructor.. Dia panggil seorang demi seorang..gabra la jugak kan..huhu.

Bila turn aku, comes out aku kena tukar program sebab CGPA tak cukup (tu la!lain kali belajar betul-betul tau!) dan Alhamdulillah, lulus untuk English Test. Markah lulus nya ialah 80% ke atas..kita kena lulus English Test ni untuk proceed kepada Cubiks Online test pulak. Yang ni lagi mencabar.. 70+ soalan dalam masa 45minit. Part 1 macam soalan pemahaman English la.. tapi tricky sikit..aku tak sempat habis jawab..huhu. Part 2 pulak calculation. You can expect statistics & ratio questions for this part. Aiyaaa....lagi la pening kan.. 25 minit untuk 28 soalan! Ok2,nampak macam 'ek eleh....tu pun takleh nak buat ke??'.
Fine.....aku bukan genius T______T. So the result?? Tak tau..tunggu la dia bagitau nanti. End for Maybank story.

Selepas Maybank, aku gerak pulak ke Ampang Park untuk ke OSK HQ.. makan jap kat MCD walaupun tak dapat nak makan ayam..huhu..kempunan..Kat OSK pulak macam2 Haiyaa...nyesal sikit. sikit je la.. tapi last2 tu baru ok..

Semoga sesi bertemu dan menduga untuk kedua2nya akan sukses.. Insya Allah~

1 comment:

  1. Hi.. so camana..dapat x maybank?..soryla tetiba pla sesat komen2 kat cne.. actually, sy ada isi maybank trainee programme..lebih kurang cam ni la ada assessment cubiks2 ne..

    ReplyDelete