Tuesday, October 25, 2011

Orang Melayu cakap macam menyanyi?

Tajuk di atas selalu aku buat aku terfikir semenjak tengok cerita "Love,Nora". Heroin cerita ni Yasmin Hani (baru bergelar pengantin baru) dan pelakon yang jadi best friend dia Yana Shamsudin. Dialog tajuk tu diucapkan oleh seorang lelaki Italy yang diorang jumpa di Italy waktu melancong..lelaki tu dengar Yana&Yasmin sembang dlm BM lepas tu dia tegur; "Kamu bercakap macam menyanyi".  Yana&Yasmin gelak la dengar mamat tu tegur dan diorang jelaskan yang diorang bercakap dalam Bahasa Melayu sebab tu nada lain dengan English.

Hmm... betul ke kita cakap macam menyanyi ek? Mari bereksperimen dengan satu ayat yang sama tapi membawa maksud berlainan kerana nada yang diungkap berbeza.

Contoh

"Amboi, cantiknya tudung!" kata Minah kepada Leha

Maksud 1: Minah puji tudung Leha dengan seikhlasnya jika nada itu diungkap dengan nada kagum sambil buat muka..impressed. Lepas tu Leha mula promote tudung baru dia dan 'up' pakwe dia yang belikan tudung tu di Ariani (bagus betul pakwe dia...bisik hati Leha dan atiqah). -tone suara: Ceria

Maksud 2: Minah mengungkapkan ayat di atas dengan jelingan maut dan nada..sedikit naik pada ayat tudung. Boleh jadi dalam situasi ni Minah cuba menegur Leha iaitu adik beliau yang pakai tudung beliau tanpa meminta kebenarannya dahulu. Lepas tu pandai-pandai la Leha minta maaf sambil tersengih-sengih atau buat muka tak tahu je.. -tone suara: Sindiran.

Jadi, dengan 1 ungkapan sebenarnya boleh membawa pelbagai maksud bergantung pada nada. Perasan tak kecantikan BM ni? Nak bercakap pun kena ada nada yang sesuai dan bila kita sembang ada pelbagai maksud kita nak sampaikan. Tak hairan la pada sesiapa yang pertama kali dengar akan pelik dengan cara kita,orang Melayu bercakap. Dah la orang Melayu cantik-cantik,suara pun merdu. Fuh,perasan habis! Hahaha..

Macam bahasa-bahasa lain nada diorang aku dengar sekata je.. ada yang nada asyik tinggi je macam bergaduh walaupun sembang benda biasa..ada yang tenang walaupun tengah menyindir macam kita tengok cerita English.. aku pun kadang confuse..ni perli ke puji ke marah ke?

Jadi,cintailah bahasa kita walaupun hari-hari kau kena cakap English kat pejabat..Bahasa Jiwa Bangsa!

Nota sisipan:Aku pun tak tahu kenapa benda ni yang aku fikir 'fun' tapi bila tulis dah macam kamus Bahasa edisi ke-88 =.="..

No comments:

Post a Comment