Sunday, February 13, 2011

Ekspresi 5: Kedegilan & emosi itu langsung tak bermakna sahabat

 Semalam kita gembira bak patung di kereta yang terjoget-joget tika mendengar lagu
berjoget-joget kalau dengar Bonamana-Super Junior

 Tetapi hari ini seakan hati kita dah lari ke mana.. penuh dengan dendam, prasangka buruk. Sungguh, tak sangka begitu sekali kau menyimpan amarahmu. Apa sahaja yang kau mahu? Kita berdua selamanya berkepit ke mana-mana? Itu tak mungkin sahabat kerana dari dahulu kita tahu yang laluan kita berlainan.



Ya, aku memang berubah. Kau juga berubah. Kita tak akan dapat lari daripada perubahan itu, sayang!Apa yang kau tidak tahu mengenai diriku? Aku masih begini namun tuntutan pelajaran dan komitmen ku berlainan dari mu. Mana mungkin sama apabila destinasi kita berbeza?  Laluan ke utara dan pantai timur juga berbeza.. Sayang, bukan aku sengaja menolak pelawaanmu, tapi rancanganku berlainan. Ya, aku juga salah kerana lambat membuat keputusan tetapi tidak kah kau mengerti aku sudah penat berfikir seharian..diterjah pula dengan soalanmu yang pelbagai..nada suara mu juga berlainan. Tiada langsung aura kemesraan... Kau fikir, aku tidak dapat mengesankah?

Kau sering membandingkan aku dengan yang lain.. Kau fikir aku tidak terasa? Kau tahu, kita berdua sama-sama tidak sensitif.. Tetapi tidak kah boleh berlapang dada dengan perbezaan kita? Tidak kah kau boleh berfikiran positif?

Andainya perpisahan yang kau pinta, YA.. aku terima seadanya. Sungguh, aku tak mampu tangani semuanya..penuhkan segala kemahuan mu.. Terpulang lah kepada mu mana mahu dibawa amarah mu.. aku terasa penat.....~~

Tuesday, January 18, 2011

Ekspresi 4: Entertainment Biz is Serious Biz, Man!

Suka tengok rancangan,cerita dan lagu-lagu Korea. Ok, bukan semua..yang agak best dan bermanfaat je tengok. Baru habis tengok program "Enjoy Today" (ET) yang salah sorang host Lee Teuk Super Junior. Aku tengok yang tetamu jemputan SNSD. Heh.. semua pasal SNSD aku nak suka (Jelir lidah pada diri sendiri). Theme episod tu Track& Field.

Artis-artis yang join tu boleh tahan gak. Stamina tinggi tu..memanah boleh, lari laju. Wahh! Bila terbayang artis2 Malaysia, ada ragu-ragu di hati..mampu ke diorang macam tu ye? Aku rasa kat Korea, entertainment business or program bukan main-main.They really treat is as a serious business! Yelah kan.. artis-artis diorang before debut training 3-4 tahun. Macam SNSD la.. Kebanyakan member join agensi SMentertainment tu dalam umur 12 tahun lebih kurang. So, debut umur 17 tahun. 5 tahun tu prepare nak jadi artis!

Compare dengan Malaysia, kebanyakannya produce daripada program pertandingan menyanyi yang paling lama pun 2bulan macam tu. Tu sebab bila keluar pun tak boleh nak tahan lama. Cepat sangat mengalah. Ok, tu part training. Macam mana pulak bab layanan pada peminat?

Selalu aku tengok artis Korea time nyanyi pun boleh senyum2. Tak kisah lah kalau anggap diorang saje buat comel ke apa ke tapi yang penting, kan dah terhibur hati tu. Nama pun hiburan.. Korang tak suka? Aku suka...hehe. Lepas tu kalau menang award, peminat dulu disebut,sebab diorang undi. Tapi kan..kalau tengok anugerah walaupun anugerah Bintang Popular, ada je artis yang lupa nak terima kasih kat peminat. Yelah...nak cepat sangat kan..

Bukan obsesi sangat pun kat Korea tu tapi aku tengok ada ke'serius' an di situ untuk menjaga 'periuk nasi' mereka. Artis Malaysia or orang2 hiburan Malaysia bukannya nak cakap diorang tak serius..tau serius sebab selalu cakap bidang hiburan tu je la tempat rezeki diorang. Namun, cara pakaian, layanan pada wartawan&peminat tak kena. Bila ditegur, kata pakaian tu style diorang..tak kacau orang pun..macam2lah. Artis korea seksi gak tapi lepas perform, diorang cover. Tu yg aku respect la.. sama2 orang Timur kan.. Kalau korea boleh, kenapa Malaysian tak boleh? Ni gambar pakai bikini keluar FB nak bising..padahal time pakai bikini depan orang tak pulak nak malu. What the he la.......

sopan.comel.sedap mata pandang.


Lagi satu, program kat Korea banyak gunakan idol yang famous untuk promote program yang bercirikan kebudayaan, kepandaian & tourism. Hiburan tu ada tapi cerdik tu pun ada gak. Tengok je Family Outing, Star Bell (yeke? lupa pulak..huhu), Running Man dan sewaktu dengannya. Kita ada apa? nyanyi nyanyi nyanyi. takpun talk show talk talk talk gossip gossip.. Jarang lah yang menonjolkan kepandaian ni ada. *sighhh*

Family Outing Season 1.

Suka Gary. *Seum Dwa*!!   


Eh, dah lah sembang pasal hiburan..terasa lagho lak. Haha. Anyway, tengok hiburan ni kita amik la yang elok, buang yang tak elok, ok?!

Pesanan Farah Fauzana: "Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi!"

kan kak Farah kan??

Ekspresi 3: Tiramisu; Kek & Bunga


Yayyy!! In love with this song and this story of course. Malangnya TV di rumah sangat gelap lah.. spoil sikit. Tak payah nak cerita sinopsis kot. Sebab rasanya ramai tahu . Aku suka watak Amani,Pierre Andre dan Zain Ruffedge! Zain sangat lawak.. semua kerja dia boleh buat. Baiki paip,cat rumah,baiki kereta dan apa2 saja la..u just name it!

Tapi kadang-kadang skip juga tengok. =) Owh, cerita ni membuatkan teringin nak rasa Kek Tiramisu. Hmmm..... Bila lah kan.

Thursday, January 6, 2011

Ekspresi 2: Berseorangan Tak Semestinya Bermasalah

Ahad lepas, berkunjung ke tempat perkelahan untuk perjumpaan kembali (Gathering or reunion?). Hadir dengan hati yang riang kerana mahu bertemu dengan seorang kawan a.k.a kawan a.k.a bekas teman sebilik. Semangat bangun awal pagi, bungkus coklat lebih abang kahwin dalam bekas cantik-cantik letak pula dalam beg kertas yang lawa juga.

Pakai pula yang bajet nampak graduan. Haha. Sengaja menyedapkan hati kerana seorang kawan baik tiba-tiba tak datang..maka memang mengharapkan kawan a.k.a kakak tu sahaja la. Pergi berhantar dengan kereta oleh kakak kandung. Wah! Ingatkan perjalanan nya sebentar cuma tetapi ambil masa 1 jam 30 minit! Dalam hati mengharapkan semuanya berbaloi-baloi.

Sampai sahaja mata cepat-cepat melilau sesiapa yang ku kenali di situ..Yalah, tempat itu boleh pula 'no network coverage'. Call/message memang tak lepas macam ni. Mujur saja terjumpa kawan-kawan lelaki yang dikenali lalu terus mengikuti tenaga pengajar yang ada sekali di situ ke tempat BBQ. Tapi setelah tersengih-sengih pada semua orang baru aku perasan.. kawan a.k.a kakak takde!

Aku: Kak ****** mana?
Kawan: Dia tak ikut. Kata ada hal.
Aku: Ha????

Down~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Keadaan sama macam ni. Rasa nak tidur sbb 'down' sangat.. [sumber]



Selepas itu aku memang banyak berseorangan.. Bukan,bukan ada masalah dengan sesiapa. Cuma.. kami memang begitu.. Perempuan sangat complicated kan? Yang tiada masalah pun nampak macam bermasalah. Dari dulu kami yang perempuan2 memang tak berapa nak 'clique'.

Overall, memang rasa sedikit menyesal sebab 3 perkara:

1. Aku datang & 'bersuka' tanpa kawan-kawan rapat.

2. Terperanjat menyaksikan adegan yang tak sepatutnya.

3. Topeng kepura-puraan semakin terbuka luas. Maka, aku juga dapat melihat sisi 'tak ikhlas' mereka.

Sekian.

Nota :: Sisi hipokrit manusia itu akan terserlah di kala kau sudah bosan mempamerkan kebaikan yang tersisa dalam diri ::

Dapatkan tshirt ini! Hahahaha. [sumber]

Wednesday, December 22, 2010

Ekspresi 1: Bila Mulut Kata Lain, Hati Kata Lain; Kecewa

Benang hidup yang berwarna-warni. Warna kamu apa sebenarnya? [Gambar]


Pandang langit.
Cerah tanpa bintang berkelip-kelip.
Kenapa sekarang diri tak begitu ya?

Sejak kelmarin bermimpi ngeri
Dilabel memalukan institusi pembelajaran sendiri
Memang mengecewakan. Titik.

Kerdip-kerdip mata
Menahan rasa sebak menterjemahkan diri dalam bentuk air mata
Kadang-kadang hidup tak adil kan?
Menduga orang dengan pelbagai cara yang berlainan
Akhirnya diukur kemampuan orang sama rata
Adilkah?

Orang yang mengaku bijak pandai
Tapi tak bijak pula dalam membuat penaakulan
Katanya sudah banyak ilmu di dada
Sudah banyak pengalaman ditempuh
Sudah banyak gelaran dicapai
Lalu mahu memandang yang tiada apa-apa ini sampahkah?

Saat ini kecewa itu sangat-sangat dirasai
Satu perasaan yang jarang sekali hadir dalam hidup
Namun harus berlakon demi orang tersayang
Sesuatu yang tak pernah sukses dilakukan
Akan cuba sedaya upaya direalisasikan.

Tidak mengapa
Biarlah mulut berkata lain
Namun hati menjerit lain
Tidak mengapa
Harimu akan menjelma semula
Kaitlah benang-benang kehidupan supaya hidup dirasakan lebih warna-warni
Hatta terselit warna hitam kelam..