Monday, January 9, 2012

Nak Siwon versi Ikhwah!

Semalam buat pertama kali sejak keluar dari UIAM, aku pergi Family-Bahagia untuk bertemu 'ibu' dan 'adik-beradik' baru. Ya, seperti yang diketahui, FB untuk perempuan hanya ada ibu dan sisters je manakala lelaki pula ada ayah dan brothers je. Dan.. ya, Family-Bahagia tu ialah Usrah. Haha. Saje create perkataan baru supaya bertambah semangat! (..eleh..tiru inche gabbana la tu! Ehem..untuk kebaikan takpe kan inche? ;) ).

 Kali ni, dapat 2 kembar-sebaya! Yeayy! Boleh la akal dan naluri budak 23 tahun ni berfungsi dengan baik setelah sekian lama confuse dengan umur sebenar.. Alhamdulillah. Ibu dan sisters semua baik-baik dan sempoi..macam biasalah..FB aku jarang ada yang skema..Hehhe. Ibu pun ada buat pengumuman yang kitorang ni dah naik level Muayyib (eh,betul ke? tak tau eja la..) maksudnya dah kena turun ke medan dan betul-betul komited. Tak boleh dah sikit-sikit nak merajuk,malas dan aci lepas tangan. Fuh, meremang bulu roma! Besar weh tanggungjawab sekarang. Ibu pulak nampak tegas bab-bab macam ni kan~

Tapi, yang tak best nya bila Ibu tanya "Ada sesiapa nak kahwin ke? Jangan segan-segan beritahu. Bagi je borang kat akak..nanti akak pass kat AJK Baitul Muslim".

Blerrghhhhh.......topik yang aku paling tak suka! kahwin takpe..aku suka bab rancang nak kahwin. Tapi bukan rancang nak 'Baitul Muslim' dalam erti kata padanan brother-sister. Okeh, macam teruk je kan pemikiran aku. Tapi, aku belajar dari pengalaman weh. Aku semacam serik dengan benda-benda ni. Yang membuatkan aku berazam supaya tak mengisi borang tu..lagi. ya, aku pernah isi..tu pun sebab KENA isi.

Ceritanya macam ni.. perjumpaan beramai-ramai sebelum aku grad, telah MEWAJIBKAN kitorang untuk isi setelah perbincangan "Ciri-Ciri Suami Idaman Kalbu Hatiku". Masa perbincangan tu, aku kagum gile dengan kakak-kakak dan adik-adik ni. Semua macam tak kisah paras rupa asalkan 'si dia' baik, beriman dan harus pandai membimbing (okeh..ni ciri umum brothers ya) jadi pendek kata, asalkan brothers. Yang kakak-kakak dah kahwin ni banyak kali cakap, "Be realistic,sis!" Ye la kan, kalau dah namanya brothers, memang la dia tu harus baik as a Muslim dan Mukmin. Jadi, sisters ni kena fikir betul-betul apa ciri-ciri khas lain yang boleh diorang terima pada bakal partner sehidup semati tu.

As a senior yang dah nak grad dan juga realistik, aku pun kena lah isi borang.. Dan pada ruangan ciri-ciri yang dikehendaki tu, kalau tak silap, aku tulis 1 ciri je iaitu.. "Tinggi lebih 170 cm!" Haha..realistik tak? kata diorang semua baik kan.. Aku bukan apa.. adik-beradik lelaki kandung aku average ketinggian lebih dari 170cm. Zaid dah baligh nanti pun sure tinggi area tu juga. So,aku tak nak la partner aku rendah diri.. tapi macam biasa la, apa aku expect? Of course aku takkan dapat dicalonkan..tulis pun macam main-main. BerFB kat UIA pun tenggelam timbul. Aishhh....

Jadinya isu ni aku pun dah lama lupa. Tapi baru-baru ni isu ni hangat balik dalam pale otak ni sebabnya kawan aku cerita yang sebenarnya kebanyakan brothers ni antara ciri yang diorang minta ialah.. "rendah dan comel /petite dan cute!" Fuhhh.........fullamak! Yang sisters ni punya la kan tak kisah nya tapi brothers????

Wah,korang!! Baaekk punyaaaa!!

Aku takde la marah apa pun tapi tak puas hati macam mana sisters ni boleh bersederhana sangat. Janganlah, korang ingat brothers ni malaikat..baik serba serbi takde nafsu. Ingat tak cerita seorang brother ni yang mengadu kat 'Ayah' dia yang dia teringin nak kahwin dan dah hantar borang tapi tak pernah pun dia tercalon untuk menaiki takhta Baitul Muslim. Lepas Ayah dia cek, rupa-rupanya ciri-ciri diminta terlampau perfect! Nak yang putih mulus, berlesung pipit, ramping, manja,solehah dan macam-macam lagi. Miss World pun belum tentu dapat penuhi permintaan dia. Ye la kan, dah nama Miss World.. ada ke yang bertutup litup?

Jadinya, tak salah lah sisters pun tulis nak hensem, tinggi, berbau wangi, badan sasa macam bodyguard atau versi pendek nya "Aaron Aziz / Siwon versi brothers!" Hahaha..baru power!

Kira fair and square la.. dua-dua pihak berterus terang tanpa was-was. Dapat tak dapat belakang kira sebab kita semua kan yakin yang Allah dah tetapkan jodoh masing-masing.. Sama ada partner tu penuhi atau tak ciri-ciri tu, kalau dah nama jodoh, tak kemana juga. Betul kan?

No comments:

Post a Comment